Pelakon Abby Abadi menyatakan hasrat untuk mengambil Darda sebagai anak angkat sebenarnya tiada di dalam perancangan.

Ini kerana sebelum ini, sepatutnya ada keluarga lain yang akan menjadi penjaga di bayi comel terbabit.

Namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, berlaku hal sebaliknya.

Bintang Gerak Khas ini apa pun menyakini, segala yang berlaku punya hikmah tersendiri.

Dia turut meminta netizen menghentikan kecaman setiap kali dia memuat naik kes bayi yang memerlukan penjaga.

Tegasnya dia harus menjaga aib banyak pihak dan ada kalanya tidak semua perkara boleh disebarkan.

“Tiada dlm perancangan utk kami ambil Darda ni sbg ‘permata hati’ kami pada awalnya. Mmg dari rumah ke hospital haritu dgn niat semata2 utk bantu org lain sbb yg nk ambil tu dari luar KL, dia tak percaya pada pihak yg menguruskan waktu tu sbb tak kenal.

IKLAN

“Satu satu lagi sbb nk kena transfer duit dgn jumlah yg besar krn tinggi kos hospitalnya. Long story short, berjam2 Sy & suami tunggu dihospital tu, pihak yg minta tolong tu maklumkan tak buleh transfer, tak lepas.

“Itupun lepas Sy mendesak. Layan punya layan, tak juga transfer, Sy cal sbb dah tension menunggu, Sy kata Sy pun rajin transfer duit juga, tp takdelah sampai berjam2 mcm ni, tak percaya Sy ke? Tak lepas katanya.. bla bla bla.. & last dia kata bukan rezeki Sy la baby ni.

“Tiga kali dia ulang ayat tu. Sy letak phone, terus Sy nekad bayarkan bil & bawak baby balik.

“Tu cerita Sy, belum lagi cerita pihak yg menguruskan kes baby ni. 3hari tidur dlm kereta.

IKLAN

“Tentu ada hikmah yg tersembunyi kenapa Darda jadi milik kami. Takkan mungkin ALLAH saja2 nk Sy & Suami @jaiezzany jadi penjaga kpd @SeketulDarda ni kalau tiada kebaikan dimasa depan.

“Jadinya, berkait dgn post Baby yg Sy uruskan pagi tadi: berhentilah bagi pendapat kenapa bg baby kat org, kenapa begitu kenapa begini.

“Kesiannya Maknya nnti begitu dan begini begini, begini. Percaya pada rezeki ALLAH bla bla bla bla.. aiyo.

IKLAN

“Adik2, Akak2 & Achik2 yg Sy kasihi kerana ALLAH, ada perkara yg Sy buleh kongsi, ada perkara yg Sy kena simpan sendiri ye Adik2, Kakak2, Achik2 bawangrangers sekelian, tak ada pun Sy minta pendapat kat sini, yg sampai beria2 terangkan suruh amalkan pil perancang supaya tak lahir baby yg tak mampu dijaga tu, dah kenapa?

“Tersurat & tersirat hanya yg terlibat je tahu. Sy sejenis yg suka, yg seronok nk menolong krn ALLAH. Dan usaha Sy membantu utk selamatkan Baby2 yg tak mampu dijaga ni supaya ibu2 yg ada masalah besar utk menjaga baby mereka sendiri ni, tak buang baby ni ke dlm tong sampah, tepi jalan & yg sewaktu dgnnya.

“Kerja baik ni Adik2, Kakak2 & Achik2. Cuma tak dpt nk cerita semuanya ye. Jadinya lebih baik ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut taktahu diam sblm kita tutup pakai musking tape ok?” kongsinya panjang lebar.

https://www.instagram.com/p/B_6zCBuj6lbSdRokMLDnO3GUZhua3fY8FYWVTs0/

Terdahulu, Abby memaklumkan akan menjadi penjaga Darda dan memohon doa orang ramai agar si kecil itu menjadi permata hatinya yang terakhir.

Foto : Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI