Tarikh perkahwinan pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi perhatian apabila terbaru, ada peminat yang mulai meneka mereka bakal disatukan pada 21 Oktober depan.
Spekulasi itu mulai timbul selepas kad welcome board (papan ucapan selamat datang) majlis pernikahan mereka tersebar dalam laman sosial TikTok sejak semalam lalu tular.
Terdahulu, Uqasha yang tampil serba putih pada sesi makan malam sebagai meraikan majlis bridal shower dan bachelorette party baru-baru ini menguatkan lagi andaian dia bakal bergelar isteri kepada juara Hero Remaja 2007/08 itu.
Ads
Kamal menerusi Instgaram turut memuat naik foto Uqasha selain menitipkan doa semoga semua urusan dipermudahkan.
Sementara itu dalam video yang dikongsikan pemilik akaun @kadgalericinta tersebut, terpapar nama Kamal dan Uqasha bersama tarikh Oktober 21. Namun, tarikh sebenar majlis tidak pula disertakan.
Lalu, pelbagai komen ditinggalkan peminat memandangkan tarikh 21 Oktober hanya dalam tempoh beberapa hari dari sekarang.
Ads
Tidak kurang yang turut mengandaikan bahaqa angka 21 itu sebenarnya merujuk kepada tahun 2021.
Sehingga kini, keduanya belum mengesahkan kesahihan mengenai perkara berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nourul Depp mengimbau kenangan menerusi fotonya bersama dengan beberapa orang guru yang difahamkan pernah mengajarnya sebelum ini.
Menurut penyanyi berusia 44 tahun ini, dia senang untuk sentiasa menjalinkan hubungan yang sangat baik dan akrab bersama barisan guru berkenaan.
“Guru guru ku; Ramai lagi yang kami menuntut ilmu dalam hidup kami. Tapi ada 4 yang bagi impact besar.
“Ustazah Yati gambaq takdak. Tak pernah ambik dengan dia. Guru vocal kami @cikgusitihajar, yang banyak sangat ajaq kami. Macam ibu sendiri dah Guru bersenam; kecik ja orangnya tapi kalau dia train, macam komando @irethmia,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab turut menasihatkan ramai agar sentiasa menghargai dan menghormati semua insan bergelar seorang guru.
Ini kerana, bintang yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini menyifatkan tiap ilmu yang dicurahkan oleh para guru adalah sangat berharga.
“Nak jadi apa pun dalam hidup ni, kena ada guru. Kena ada mentor. Mereka ni cahaya pada kita.
Ilmu tu sangat berharga. Kena pilih mereka yang arif dalam bidang masing2. Bukan main ikut sahaja.
“Kami pun nak jadi wellness coach, menuntut ilmu merata. Supaya dapat beri yang terbaik.3 guru ni, banyak sangat bantu kami. Especially gambaq 2nd last tu. Ubah paradigm kami.
“MasyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah. Kadang2 terpikiaq, pasaipa tuhan bagi kita jumpa orang2 macam ni? Sebab kita buat keputusan untuk bantu diri kita. Dia temukan. Dia buka jalan. Alhamdulillah alhamdulillah
“Sesungguhnya rindu ibu @cikgusitihajar Rindu push @irethmia Dan yang baju biru tu, tak rindu . Hari2 dia berletiaq kat kami May Allah bless and grant you jannah to all my mentors and teachers. #mentor #guru #personaltrainer #vocalteacher,” tulisnya lagi.
Zebra Studio Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment telah mengumumkan perjanjian usaha sama untuk menghasilkan 12 filem dalam tempoh 24 bulan dengan anggaran 100 juta ringgit.
Ia menjadikan RM5 hingga RM10 juta akan dibelanjakan secara purata untuk menghasilkan setiap filem bergantung pada keperluan produksi filem tersebut. Secara keseluruhan, anggaran jumlah pelakon yang diperlukan seramai 120 pelakon dari 12 filem tersebut.
Manakala, dianggarkan kira-kira 600 hingga 800 anggota kru produksi akan terlibat sepanjang produksi kesemua 12 filem bersama para pelakon untuk menjalankan peranan yang ditentukan untuk setiap filem yang bakal diterbitkan.
“Semua orang di industri hiburan berpeluang untuk menyertai sebahagian daripada 12 filem bergantung pada keinginan mereka untuk berlakon dan ikut watak yang dihendaki.
“Sesiapa sahaja berpeluang untuk mencuba terutamanya pelakon baru yang sedang mencari kejayaan kerjaya dalam industri hiburan.
“Pelakon veteran dan popular juga berpeluang mengembangkan karier lakonan mereka ke pasaran antarabangsa dalam 12 filem ini,” kata Pengasas dan Pengarah Zebra Studio Saraleana Nattaya Azmi.
Dalam pada itu, temuduga akan dimulakan setiap 2 bulan sebelum penggambaran bermula dan boleh diikuti dari semasa ke semasa di media sosial Zebra Studio.
Pengarah Bersama Zebra Studio dan Pengarah pemenang anugerah antarabangsa CL Hor berkata, pihaknya akan memberi peluang kepada pelbagai pengarah dan pengeluar untuk bekerjasama dengan mereka.
“Ini termasuk memberi mereka peluang untuk mengembangkan kreativiti mereka kepada penonton antarabangsa yang lebih luas melalui 12 filem ini.
“Sudah tentu, ini bukan sahaja memberi peluang untuk membantu para pelakon yang berjuang tanpa mengira bangsa, tetapi juga untuk menyatukan semua orang dalam industri hiburan bersama-sama bergantung kepada Pengarah dan Pengarah Fotografi setiap filem,” katanya.
Projek ini diharap dapat kerjasama baik pihak media.
“Kami juga ingin berkolaborasi dengan media hiburan untuk mempromosikan dan membuat liputan bagi setiap filem dari penggambaran hingga penerbitan setiap filem.
“Ini boleh dilakukan kerana kami akan membenarkan wartawan dari pelbagai platform hiburan berada di lokasi lokasi penggambaran setiap filem.
“Kami juga akan bekerjasama dengan media untuk mengatur wawancara khas atau liputan untuk tujuan penerbitan mereka sama ada untuk majalah, radio, stesen tv atau platform dalam talian.
“Dan tentu saja seperti produksi antarabangsa, kami ingin mempromosikan media hiburan dalam pembuatan filem kami, contohnya kami akan menemu ramah wartawan untuk berkongsi pendapat mereka mengenai pembuatan kami di sebalik tabir setiap produksi penggambaran.
“Dengan ini, kami berharap dapat memupuk dan mendorong lebih banyak bakat Malaysia untuk mendapat penghargaan global,” kata Saraleana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nana Sheme mendedahkan dia sememangnya sudah lama menyipan hasrat untuk melebarkan sayapnya bagi menceburkan diri di dalam dunia lakonan.
Bagaimanapun, menurut Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 26, jika diberikan peluang, dia sebolehnya mahu menimba ilmu terlebih dahulu supaya dia lebih bersedia sebelum melangkah ke set pengambaran.
Katanya lagi, persediaan merupakan aspek yang sangat penting supaya tidak kelihatan kekok atau ‘kayu’ sewaktu menjayakan sesebuah watak.
“Nana dah lama dah pendam ni. Ingin sangat nak try berlakon. Cuma kalau boleh nak masuk class dulu, ambik ilmu so takda la kayu kan.
“Jadi supporting ke, boleh gain experience hehe. Kalau ada sesiapa yang tahu any acting classes or ada casting boleh share dengan Nana okay?,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Hantu Atau Buaya itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelas penyanyi asal Kuching, Sarawak itu lagi, dia juga bersedia untuk menyertai mana-mana kelas lakonan dan sesi ujibakat (casting) bagi mengasah bakatnya sebagai seorang pelakon.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi positif selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat Nana berlakon di kaca televisyen.
“Nak sangat tengok Kak Nana jadi pelakon dekat drama.
“Semoga dipe segala usaha.
“Kami lihat Nana memang ada bakat. Teruskan berjuang.
“Jangan, nanti kalau Nana berlakon saya tak boleh nak jauh daripada tv,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, selain bergelar penyanyi, Nana juga turut aktif menerusi saluran Youtube miliknya iaitu Nanasheme.
Malah, baru-baru ini juga, Nana turut telah menerima ‘silver play button’ daripada pihak YouTube setelah berjaya meraih lebih 100,000 subscribers.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.