Kesihatan mental bukanlah perkara yang boleh dibuat mainan. Walaupun tidak terlihat secara fizikal namun ia mampu menyebabkan tahap kesihatan seseorang merudum. Ibarat pembunuh senyap yang membunuh dalam diam.

Komposer dan penyanyi, Maia Estianty berkongsi pengalamannya mengenai perkara itu. Perkongsian itu dilakukan menerusi laman YouTube miliknya saat berbual mengenai soal kesihatan mental bersama Marshanda.

“Lihat Orang Meninggal Di Depan Mata, Langsung Tiada Perasaan,” – Maia Estianty Berkongsi Saat Bertemu Pakar Psikologi Kerana Tiada Rasa Sedih

“Sebagai contoh, saya pernah tahu bahawa saya jatuh lagi, saya melakukan sesi hipnoterapi. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena,” jelas Maia bercerita saat dia tahu yang ada perkara yang tidak kena dengan dirinya ketika itu.

Bekas isteri kepada Ahmad Dhani yang kini sudahpun bergelar isteri kepada usahawan dan penerbit filem, Irwan Mussry, menyatakan yang gangguan yang dialaminya itu menyebabkan dia langsung tidak memiliki perasaan sedih saat melihat orang meninggal di hadapannya.

“Lihat Orang Meninggal Di Depan Mata, Langsung Tiada Perasaan,” – Maia Estianty Berkongsi Saat Bertemu Pakar Psikologi Kerana Tiada Rasa Sedih
Maia dan suaminya, Irwan Mussry

“Lihat Orang Meninggal Di Depan Mata, Langsung Tiada Perasaan,” – Maia Estianty Berkongsi Saat Bertemu Pakar Psikologi Kerana Tiada Rasa Sedih

IKLAN

Kongsinya, “Lihat orang meninggal di depan, aku langsung tidak ada perasaan sedih. Seperti tidak memiliki hati. Oh, mati, biarkan sahaja. Jadi akhirnya saya melalui sesi kaunseling. Dan saya menyedari bahawa yang saya memiliki kekurangan dan saya perlukan sesi itu.”

BACA JUGA: “Saya Masih Tanggung Janda Mangsa Yang Dilanggar Dul,” – 8 Tahun Berlalu, Ahmad Dhani Akui Masih Membayar Nafkah Buat Isteri-Isteri Mangsa Yang Dilanggar Anaknya

Menurut ibu kepada tiga anak ini, tiada salahnya jika seseorang individu merasakan mereka memiliki masalah berkait mental untuk bertemu dengan ahli psikologi kerana perkara tersebut mampu membantu diri.

IKLAN

“Lihat Orang Meninggal Di Depan Mata, Langsung Tiada Perasaan,” – Maia Estianty Berkongsi Saat Bertemu Pakar Psikologi Kerana Tiada Rasa Sedih

“Buat yang merasakan perlu pertolongan jangan segan membuka diri untuk mendapatkan pertolongan. Tidak kiralah mendapatkannya dari ustazah, ilmuan mahupun ahli psikologi. Kesimpulannya, terimalah kekuarangan anda menjadi sesuatu yang positif,” nasihatnya kepada mereka yang mengalami masalah sedemikian.

Sumber: YouTube Maia Estianty

IKLAN

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI