Pelakon Fazura berkongsi hantaran terkini menerusi Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-41, hari ini.
Di dalam hantaran yang dikemas kini itu, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin berkongsi sekeping gambar lustrasi suasana persisiran pantai yang berlatar belakangkan lagu Oceans oleh Dash Berlin.
Bintang filem Pendekar Awang itu menerusi ruangan kapsyen turut menitipkan ucapan ringkas untuk lebih menyayangi dirinya selepas ini.
“The beginning of a promise, to love myself more. (Permulaan kepada sebuah janji, untuk lebih sayangi diri sendiri),” tulisnya yang disusuli dengan tarikh 27 September 2024.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Ads
Malah dapat dilihat ramai rakan selebriti turut sama melayangkan ucapan istimewa buat Fazura.
“Happy birthday dear,” tulis Haiza Hanafi
Ads
“Sanah Helwa. Semoga Allah takdirkan yang baik-baik untuk Faz dan Fatima,” kongsi Lufya.
“Happy birthday kak faz sayang. Love you always,” titip Nadia Brian.
Ads
Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima hampir 30,000 tanda suka.
Bekas isteri pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar memilih untuk tidak mengulas apa-apa berhubung perceraiannya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor, pagi tadi.
Dalam tenang, Ira hanya memberikan komen ringkas.
“Tiada apa. Alhamdulillah, selesai,” katanya.
Ira kemudiannya mengganguk apabila ditanya sama ada tidak mahu memberikan sebarang komen.
“Minta maaf ya. Terima kasih,” katanya.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata anak guamnya di dalam keadaan bersedia menerima apa saja keputusan mahkamah hari ini.
“Saya dari awal meminta dia bersedia, jadi apa yang berlaku hari ini sudah jatuh dan sudahpun disabit.
“Soal emosi dia saya percaya kita hormati dan cuma saya boleh beritahu saya sudah pesan pada dia (Ira) dari awal lagi untuk bersedia,” katanya.
Pagi tadi Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini, hari ini mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap Ira Kazar ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.
Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib mengesahkan perkara itu selepas Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin selaku plaintif memfailkan lafaz cerai taklik pada 21 Ogos lalu.
Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pihak pengurusan Nur Fazura sudah mengenal pasti beberapa individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kes perceraian aktres itu dengan suaminya, Fattah Amin.
Menurut peguam syarie yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan, pihaknya bakal menghantar surat tuntutan (LOD) kepada individu berkenaan dalam tempoh terdekat.
“Setakat ini kami sudah kenal pasti sebanyak lima individu tetapi tindakan akan dibuat ke atas individu yang mula-mula sekali keluarkan kenyataan,” katanya.
Fakhrul berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.
Fakhrul berkata, pihak pengurusan Fazura amatterkilan dengan pelbagai spekulasi yang bertebaran dalam media sosial hingga menjejaskan reputasi pelakon itu.
“Pihak pengurusan Fazura terkilan dengan kenyataan yang dirasakan sudah menfitnah Fazura. Pekara yang dikatakan itu tidak benar.
“Kami sudah kenal pasti pihak-pihak tertentu dan tindakan selanjutnya akan diambil melalui pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Tindakan saman juga akan dibuat terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah sepanjang kes perceraianya mula diperkatakan sehingga sekarang,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti itu ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini.
Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siri jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire membawa misi tersendiri dengan mencari pelapis seni baharu demi memperkasa industri hiburan tempatan.
Menerusi aktiviti KiraOke Suria yang dijalankan pada setiap lokasi jelajah, ia pastinya membuka peluang bukan saja untuk mencari penyanyi malah bakat lain termasuk penyampai dan pempengaruh.
Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, penyertaan yang diterima juga sangat menggalakkan sehingga hari ini termasuk mereka yang sanggup hadir dari jauh.
“Di Pulai Pinang saja kami menerima lebih 30 penyertaan awal sebelum disenarai pendek sehingga lima yang bersaing pada peringkat akhir yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM16,500 bagi tiga pemenang utama setiap lokasi.
“Kami juga terharu kerana ada peserta di Bukit Mertajam ini datang jauh iaitu dari Putrajaya dan Subang, Selangor untuk mencuba nasib.
“Lebih dari itu bakat yang kami cari juga bukan hanya sebagai penyanyi tetapi juga mereka yang ada personaliti dan bakat lain menerusi suara termasuk penyampai radio dan pempengaruh,” katanya.
Tambah DJ Lin, peluang untuk semua mencuba nasib masih terbuka di tiga lokasi lain iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Sementara itu, Yaya Empire sebagai rakan penaja turut membawa misi mahu memartabatkan penyanyi dikir yang terkenal di Kelantan.
Pengarah urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa berkata, pihaknya membawa penyanyi dikir di setiap lokasi dalam usaha memperkenalkan mereka kepada peminat dan pendengar Suria FM.
“Kami mahu lebih ramai membuka mata dan menghargai bakat seni penyanyi dikir yang sangat terkenal di Kelantan dan turut popular di media sosial seperti TikTok.
“Kami sendiri di Yaya Empire memang sudah lama berkerjasama erat dan menyokong penyanyi dikir ini kerana keunikan mereka.
“Pada saya irama yang dibawa penyanyi ini juga boleh mendunia dan diterima termasuk beberapa lagu popular seperti Bey Soba Bey yang turut viral antarabangsa,” katanya.
Nadia yang mesra disapa Yaya turut teruja dalam jalinan antara perniagaan wangiannya dan dunia hiburan kerana percaya ia mampu bergerak seiring.
“Bila saya menjalin hubungan dengan Zamani dan DJ Lin sebagai contoh, saya mendapat pelanggan dalam kalangan peminat mereka.
“Seperti di Pulau Pinang sambutan yang diterima sangat baik dengan jualan mencecah lima angka untuk dua hari jelajah,” katanya lagi.
Lebih menarik pada edisi jelajah di Kelantan kelak, pertandingan KiraOke Suria bakal menggunakan format pencarian bakat baharu penyanyi dikir di negeri itu.
Katanya, menjadi harapannya agar penyanyi dikir akan diterima baik serta lagu nyanyian mereka akan berkumandang dalam radio tempatan.
Dalam siri jelajah di Mydin Mall Bukit Mertajam hujung minggu lalu, lebih 8,000 hadir pada kedua-dua hari serta dihiburkan barisan artis seperti Ernie Zakri, Ara Johari, Haqiem Rusli, Zamani dan Kristal X.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.