Penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersyukur perkahwinannya bersama isteri, Datin Azrene Ahmad genap mencapai usia 16 tahun pada Isnin.
Menerusi laman Instagram miliknya, Fazley, 44, memberikan coretan istimewa buat isterinya yang selama ini sentiasa berada di sampingnya dalam keadaan susah dan senang.
“We made it! 16 years today Adik Sayang (panggilan untuk isteri)!!
“Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali bukan daripada kita berdua tetapi selalu daripada mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyang masjid yang kita bina selama ini.
“Terlalu besar pengorbanan kedua-dua keluarga kita demi memastikan cinta kita bersatu dalam ikatan pernikahan pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab,” tulis Fazley di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Dalam perkongsian itu juga, Fazley turut mendedahkan isterinya pernah mengalami sebanyak 13 kali keguguran sepanjang tempoh mereka melayari bahtera perkahwinan.
“Syukur Alhamdulillah, walaupun berhadapan dengan 13 kali keguguran termasuk dua pasangan kembar di mana salah satunya kembar anak sulung kita, kini kita berjaya membesarkan tiga anak lelaki dan seorang puteri. Allah Maha Besar, segala ketentuanNya takkan mampu sesiapa pun ubah.
“Thank you Adik Sayang, untuk segala pengorbanan, sama ada yang besar atau kecil, yang abang tahu dan yang abang tak tahu. Abang hargai everyone of it!
“Happy 16th anniversary my Adik Sayang!” tulis Fazley.
Penyanyi lagu Asmara Ini itu mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 7 November 2006.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11, dan Alayna Selma, 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob, Datin Azrene Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI