Kemeriahannya kian terasa. Festival Filem Malaysia ke-32 ( FFM32) menyaksikan filem Spilt Gravy arahan Datuk Zahim Al-Bakri mendomimanasi dengan 14 kategori daripada 26 kategori yang dipertandingkan.

Antara pencalonan tersebut adalah Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Harapan.

Manakala filem ketenteraan Air Force The Movie Selagi Bernyawa pula meraih 13 pencalonan antaranya menerusi Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.

FFM32 yang bakal berlangsung pada 2 Disember depan memperlihatkan filem Juang mendapat 10 pencalonan manakala Abang Long Fadil pula unggul dengan sembilan pencalonan.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa pula menyifatkan FFM32 sebagai manifestasi kepada usaha kerajaan memperkasakan industri perfileman negara.

IKLAN

“Beberapa pembaharuan seperti pengenalan Anugerah Khas Filem Antarabangsa melalui penglibatan filem-filem dari luar negara.

“Manakala pemilihan Melaka sebagai lokasi utama penganjuran merupakan usaha meningkatkan kemajuan ekonomi negeri melalui pelaburan aktiviti perfileman serta pembangunan komuniti,” katanya.

IKLAN

Bertemakan ‘Filem Kita, Citra Kita’, FFM32 pada tahun ini merupakan penjenamaan dan kecemerlangan penerbitan filem tempatan yang bergerak secara progresif seiring dengan pembangunan kualiti dan kandungan beridentitikan nilai tempatan serta berjaya mencipta impak di peringkat domestik dan antarabangsa.

Kesemua 26 pemenang masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

IKLAN

Sementara itu, tiga kategori khas iaitu Anugerah Seniman dan Seniwati Terbaik Sepanjang Zaman akan menerima wang tunai sebanyak RM15,000 manakala Anugerah Penggiat Belakang Tabir akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000.

Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa akan menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 5,000 dan Anugerah Filem Terbaik pula bakal menerima Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.

Terdahulu, Malam Anugerah FFM32 bakal dipancarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9.00 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI