Tidak seperti industri di Hollywood, makin berusia seseorang pelakon itu, makin mahal harganya, namun hal itu berlainan sekali dengan situasi di Malaysia.
Pernah satu ketika dahulu hangat diperkatakan mengenai isu bayaran harga pelakon veteran yang dibayar ‘cikai’, tidak setara dengan pengalaman mereka.
Salah seorang pelakon veteran yang sering menjadi pilihan penerbit, Mak Jah atau nama sebenar, Maimunah Ahmad, 74, berkata dia bersyukur sehingga kini tawaran kerja tidak putus-putus buat dirinya.
“Kalau soal bayaran tu, setakat ini bagi Mak Jah belum ada kurangnya.
“Syukur Alhamdulillah terutama kepada produser Haji Zil.
Ads
“Saya tak pernah bertanya berapa dia nak bayar saya tetapi duit saya tetap ada, (bayaran) tetap memuaskan,” katanya kepada MH.
Mak Jah ditemui pada majlis pratonton drama Jesnita yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.
Ads
Mak Jah merupakan pelakon yang terlibat dalam Jesnita, selain Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz dan Fikry Ibrahim.
Dalam pada itu, selaku orang lama yang lebih dahulu makan garam, Mak Jah turut berpesan kepada pelakon generasi baharu agar tidak terlalu mengejar populariti, sebaliknya melakukan pekerjaan mereka dengan seikhlas hati.
Ads
“Kepada pelakon-pelakon baharu, jangan kejar glamor… glamor akan datang bila kita buat yang terbaik.
“Buatlah (kerja) dengan jujur dan ikhlas,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Adik kepada penyanyi terkenal, Jamal Abdillah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit jantung.
Allahyarham Ahmad Tihami atau lebih dikenali dengan panggilan Hamka meninggal dunia pada pukul 7.20 petang Selasa.
Jamal seperti yang dipetik Astro Awani meberitahu, ia merupakan berita yang amat mendukacitakan beliau sekeluarga, namun reda menerima ketentuanNya.
“Allahyarham adik saya mendapat sakit jantung sejak beberapa bulan lalu dan dirawat di IJN sehinggalah keadaannya kritikal sebelum meninggal dunia,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, Allahyarham Hamka, ujarnya, akan dikebumikan di Kulim, Kedah, pada Rabu.
Jamal memohon semua ahli keluarga atau kenalan adiknya agar dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan Allahyarham adiknya yang juga anak keenam daripada tujuh beradik.
Sumber/Foto: Astro AWANI/mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular satu hantaran yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok yang merakamkan keberadaan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz di salah satu masjid di Singapura.
Video tersebut dimuat naik seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Haji Taufik, baru-aru ini.
Menerusi video itu, Aliff dilihat tengah bersiap sedia untuk menjamah hidangan bersama beberapa orang rakan jemaah.
Menerusi ruangan kapsyen, Taufik menitip pesan yang baik-baik.
“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?
“Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik.
“Ulama beritahu ‘hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya tetapi mereka yang tersalah memilih suasana’,” tulisnya.
Malah menerusi hantaran sebelum itu, Taufik juga berharap agar aktiviti keagamaan selama tiga hari itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
“Mudah-mudahan suasana agama ketika keluar tiga hari ini akan menjadi medan tarbiah untuk kami islah diri dan belajar menjadi orang yang baik di sisi Allah SWT,” tulisnya lagi.
Perkongsian berkenaan menerima reaksi pelbagai warganet selain tk kurang yang menitipkan doa positif buat Aliff.
Terdahulu, Aliff yang juga bekas suami kepada pelakon, Bella Astillah ini pernah mengikuti jemaah tabligh bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT beberapa tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas vokalis kumpulan Visa, Sham mengakui kecewa dengan persembahannya ketika menyampaikan lagu Sayang-Sayang nyanyian asal Aliff Aziz menerusi saingan minggu ketiga konsert Gegar Vaganza 6 (GV6), minggu lalu.
Bertemakan ‘Aneh-Aneh’, para peserta diberi cabaran untuk membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu yang ‘lari’ dari genre lazim mereka.
“Saya kecewa, tetapi alhamdulillah masih lagi berada dalam saingan, saya cuba lakukan yang terbaik meski tidak selesa untuk buat persembahan sedemikian. Ia bukan genre lagu saya.
“Saya sendiri sudah lama tidak menyanyi. Apa pun saya cuba ambil cabaran untuk tema ‘Aneh-Aneh’ meski rasa agak gementar. Cuba untuk selesaikan persembahan tersebut sebaiknya,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia sudah selesa kerana mendapat pujian juri menerusi persembahan terdahulu hingga membuatkan prestasinya sedikit menurun kali ini, bintang berusia 47 tahun itu menafikan perkara tersebut.
“Saya tidak pernah selesa dengan kedudukan di GV6 sebelum ini. Setiap tugasan punya tekanan yang tersendiri,” jelas pemilik nama lengkap Rohisham Hashim ini jujur.
“Untuk cabaran duet minggu hadapan, sudah tentu saya akan buat lebih persiapan dengan lebih teliti. Apa yang berlaku (minggu lalu), saya anggap ‘it’s not my day’.
“Apa pun, saya kena positif. Itu sahaja pilihan yang saya ada. Sementara peluang masih diberikan saya cuba galas semampu yang boleh,” azam Sham optimis.
Minggi ketiga konsert, bintang itu berada di kedudukan kedua paling rendah dan Ameer Sofazr diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 54 peratus.
Sham bakal berduet dengan Marsha Milan pada saingan minggu keempat, mengalunkan lagu My Heart lagu asal Irwansyah dan Acha Septriasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Sal Priadi memohon netizen di Malaysia dan Indonesia untuk berhenti berbalah terutamanya bila melibat soal kebudayaan di negara masing-masing.