Pencipta lagu Berakhirlah Pencarianku, Ikhwan Fatanna meminta peminta tidak menyalahkannya susulan penukaran penyanyi di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) yang akan berlangsung pada 25 dan 26 November ini.

Ikhwan berkata dia sendiri mengetahui mengenai perkara tersebut sehari sebelum sidang media pengumuman senarai 30 buah lagu yang layak bertanding SFMM37 pada Jumaat lalu.

BACA: “Memang Agak Janggal Tapi…,” – ‘Berakhirlah Pencarianku’ Digantikan Penyanyi Lain, Ernie Zakri Akur Keputusan Pihak Pengurusan

Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Ikhwan, 32, berkata dia turut bersedih dengan keputusan dibuat oleh pihak pengurusan yang akan menggunakan penyanyi gantian iaitu Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq bagi menggantikan penyanyi asal lagu tersebut iaitu Ernie Zakri dan Hafiz Suip.

“Mohon jangan salahkan saya… kenapa ada yang marah saya tentang lagu Berakhirlah Pencarianku?

“Saya juga turut bersedih tapi saya berusaha untuk berdamai dengan keputusan yang dibuat.

IKLAN

“Saya dapat tahu keputusan ini pun lewat petang hari Khamis, esoknya Jumaat (dah) sidang media.

“Dalam masa singakt itu, saya juga cuba beri pandangan saya tapi keputusan dah dibincangkan oleh artis dan syarikat rakaman,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.

Ikhwan turut menambah, apa yang berlaku adalah di luar kawalannya meskipun sudah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya ketika mencipta lagu berkenaan.

IKLAN

“Saya menjaga hati semua orang… peminat yang mengundi lagu ini, syarikat rakaman yang bantu promosi dan beri peluang kerja pada saya, Hafiz dan Ernie yang juga sahabat saya.

“Penyanyi ganti iaitu Wani dan Syafiq juga kawan-kawan saya. Jadi jagalah juga hati saya dan pencipta lagu bersama, Wan Saleh serta lirik daripada Datuk A. Aida,” tulisnya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Ernie mengesahkan dia dan Hafiz tidak akan menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku di pentas SFMM37 selepas dimaklumkan pihak pengurusan.

Susulan perkara tersebut, Ernie berkata dia menerima dengan hati terbuka berhubung keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Ikhwan Fatanna

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI