Penyanyi, Ernie Zakri menerima dengan hati yang terbuka apabila lagu Berakhirlah Pencarianku nyanyiannya bersama Hafiz Suip bakal dinyanyikan oleh penyanyi baharu Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq bagi saingan separuh akhir Muzik-Muzik ke-37.

Menurut Ernie, sebagai penyanyi, dia akur dengan segala keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Memang Agak Janggal Tapi…,” – ‘Berakhirlah Pencarianku’ Digantikan Penyanyi Lain, Ernie Zakri Akur Keputusan Pihak Pengurusan

“Saya hanya layak memberikan kenyataan sebagai seorang penyanyi sahaja. Tanggungjawab saya hanyalah untuk menyanyi bagi projek lagu Berakhirlah Pencarianku.

“Ia merupakan projek usahasama di antara dua syarikat rakaman iaitu Rocketfuel dan Nova Music beserta komposer lagu tersebut. Seratus peratus keputusan bukan di tangan saya.

“Mereka yang berhak untuk menentukan hala tuju lagu ini. Ini sahaja yang boleh saya katakan ketika ini. Setidaknya, sekarang, saya boleh berikan fokus yang lebih buat lagu Korban,” katanya kepada MH.

“Memang Agak Janggal Tapi…,” – ‘Berakhirlah Pencarianku’ Digantikan Penyanyi Lain, Ernie Zakri Akur Keputusan Pihak Pengurusan

IKLAN

Isteri kepada penyanyi, Syamel itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Damansara pada Jumaat.

Bagaimanapun, Ernie memaklumkan dia tetap melihat perkara ini daripada sudut positif dan percaya ia juga merupakan peluang yang terbaik buat Wani untuk menyinar.

“Saya dapat tahu mengenai keputusan ini pada minggu lepas. Sudah tentu saya berasa agak janggal apabila lagu yang kita nyanyikan dan lalui proses rakaman tetapi penyanyi lain pula yang akan menyanyikannya di atas pentas.

“Namun, saya tak melihat situasi ini daripada sudut negatif. Bagi saya, ia juga merupakan pendedahan yang baik buat Wani Kayrie. Saya rasa dia juga gembira untuk menggalas tanggungjawab ini.

IKLAN

“Kalau saya berada di tempat Wani pun, saya tidak akan melepaskan peluang seperti ini. Mungkin tiada rezeki buat saya menyanyi lagu ini,” kongsinya lagi.

“Memang Agak Janggal Tapi…,” – ‘Berakhirlah Pencarianku’ Digantikan Penyanyi Lain, Ernie Zakri Akur Keputusan Pihak Pengurusan

Pada masa sama, Ernie turut memberitahu, dia bersedia untuk memberikan apa sahaja bentuk bantuan buat Wani bagi menjayakan lagu Berakhirlah Pencarianku ini.

IKLAN

“Saya baru dapat berjumpa dengan Wani hari ini sebab masing-masing baru ada masa. InsyaAllah jika selepas ini Wani memerlukan apa-apa bantuan, dia boleh sahaja hubungi saya,” akhirinya.

Meski tidak akan menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku, Ernie akan tetap bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 bagi lagu Korban yang juga merupakan lagu ciptaan sepenuhnya dirinya sendiri.

“Memang Agak Janggal Tapi…,” – ‘Berakhirlah Pencarianku’ Digantikan Penyanyi Lain, Ernie Zakri Akur Keputusan Pihak Pengurusan

Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Konsert yang berlangsung selama dua hari ini juga bakal bersiaran secara langsung di TV3 dan boleh di strim di www.tonton.com.my bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI