Pelakon dan aktivis masyarakat, Lando Zawawi tetap berbangga dengan pecapaian dirinya dan seluruh jentera meskipun terpaksa akur dengan kekalahan besar di kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Lando yang bertanding dia atas tiket parti Gerakan Tanah Air (GTA), dia tidak menganggap keputusan ini sebagai satu kekalahan sebaliknya ia merupakan permulaan yang baik bagi karier politiknya.

“7% Bole Tahan Juga, Good Start,” – Jentera Kurang 10 Orang & Guna Dana Sendiri, Lando Tetap Bangga Pencapaian Di PRU15

Katanya lagi, dia bersyukur kerana berjaya meraih undian sebanyak tujuh peratus meskipun terpaksa berdepan pelbagai kekurangan ketika berkempen.

“Terima kasih kepada semua pengundi di Tanjong Karang dan semua pihak yang menyokong perjuangan kami. Pada kami, ini bukanlah satu kekalahan.

“Sebagai individu yang baru dua minggu guna logo parti, tidak menjadi ahli parti, guna bajet sendiri, melawan perikatan-perikatan besar dan jentera yang kurang daripada 10 orang, angka 7% (undian) ni boleh tahan juga. Ia permulaan yang baik,” katanya.

IKLAN

Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran video di aplikasi Tik Tok.

“7% Bole Tahan Juga, Good Start,” – Jentera Kurang 10 Orang & Guna Dana Sendiri, Lando Tetap Bangga Pencapaian Di PRU15

Dalam pada itu, pelakon filem Janji Diana ini juga tetap memaklumkan dirinya akan terus menyumbangkan khidmat bakti buat para penduduk di Tangjong Karang.

IKLAN

“Saya salute kepada semua. Yang penting kita akan tetap komited untuk membantu terutamanya dalam hal laluan trafik sesak dan jalan berlubang di Tangjong Karang.

“Bagi tempat lain pula, kita lihat sendiri nanti kepimpinan calon mereka. Kita tengok nanti, mereka boleh ‘layan’ tak segala tanggungjawab ini,” kongsinya lagi.

“7% Bole Tahan Juga, Good Start,” – Jentera Kurang 10 Orang & Guna Dana Sendiri, Lando Tetap Bangga Pencapaian Di PRU15

IKLAN

Terdahulu, calon Pakatan Harapan (PH) Zulkafperi Hanapi memenangi sebanyak 18,054 undian manakala Lando pula mendapat 3,557 undi sahaja.

Peratus keluar mengundi di kawasan itu adalah 82.33 peratus atau 51,205 pengundi.

Pertembungan di kerusi parlimen itu menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Barisan Nasional (BN), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), PN, GTA dan Bebas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Lando Zawawi & Tik Tok Brotherhood Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI