Penyanyi Datin Alyah berlapang dada dan tidak mengambil hati susulan kritikan yang dilemparkan netizen terhadap suaminya, Datuk Ramli MS andai ada yang tidak berpuas hati mengenai hal berkaitan Gegar Vaganza (GV).

Meski ada sesetengah komen yang disifatkan melampau, namun menurut Alyah, 41, dia sebolehnya tidak mahu mengambil pusing.

Sebaliknya, dia memilih untuk menyokong seterusnya setia menjadi tempat mendengar suami.

“Perkara itu dah lama pun saya hadapi, jadi sudah ‘imune’. Cuma kita ni manusia, ada hati. Ada kalanya kelab peminat artis, malah fans sendiri pun ‘bantai’ kita.

“Terima mesej peribadi di media sosial macam…‘Cakap dengan suami kau begitu begini.’ Saya pun rasa terfikir, apa masalah? Saya tidaklah selalu mengikuti (GV) sebab lazimnya hujung minggu ada buat persembahan.

IKLAN

“Tapi bila ia selalu sahaja berlaku, rasa sudah terbiasa. Bahkan TokRam ada ketika bila pulang dari GV, saya ada mengadu mengenai mesej yang dihantar netizen. Dia minta supaya jangan dilayan.

“Kata Tokram, mereka tidak tahu pun kisah di sebalik apa yang terjadi secara keseluruhan. Malah saya pun tak tahu. Jadi rasanya saya tak perlu masuk campur,” kata Alyah kepada MH.

IKLAN

Alyah berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran muzik video Cinta Sahabiyah arahan Ghaz Abu Bakar di Genting Highland, pada Isnin.

Dia pada masa sama menambah, apa yang mampu dilakukan ialah melihat apa sahaja komen mengenai GV sekiranya ada terbaca.

IKLAN

“Tapi memang ada betulnya. Untuk menjawab soalan netizen atau nak mencampuri hal orang lain, bukan urusan saya pun. Cuma kalau ada netizen beritahu, saya baca dan dengar sahajalah.

“Memang ada yang marah dan maki-maki. Tapi tidak mengapalah. Kadang kalau kita nak berdebat dengan orang ni, tak kan habis. Begitulah setiap kali tiba ‘musim’ GV,” katanya lagi.

Ramli yang juga maestro muzik berada di posisi ketua juri menerusi program GV sejak musim pertama hingga yang terbaharu, edisi kesembilan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI