Semalam pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah mengadakan sesi soal jawab bersama para pengikutnya di ruangan ‘Ask Me Question’ di Instagram.

Antara soalan yang diterima oleh Uyaina adalah mengenai perubahan bentuk badannya selepas bersalin anak pertama.

Menurut Uyaina, dia juga sedar tentang perubahan tersebut dan ia juga membuatkan dirinya berasa agak sedih.

“Paling menyedihkan, ini adalah benar. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” tulisnya.

Jelas pengacara program Wanita Hari Ini itu lagi, dia kini sedang berusaha untuk kembali mendapatkan tubuh badan yang ideal.

IKLAN

Bagaimanapun, dia juga faham mengenai kesan-kesan yang akan berlaku selepas bersalin secara pembedahan.
“Tengok Cermin, Macam Mengandung 4 Bulan,” – Ada Tegur Badan Naik Selepas Bersalin, Uyaina Arshad Sedih Sebab…“Sekarang dah dua bulan selepas bersalin. Siksa juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik walaupun jaga makan.

“Tapi perlahan-perlahan lah terutama sekali sebab saya bersalin secara pembedahan. Beza dengan lahir normal. Tapi tak mengapa. Slowly but surely,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran 21 Disember tahun lalu.

IKLAN

“Tengok Cermin, Macam Mengandung 4 Bulan,” – Ada Tegur Badan Naik Selepas Bersalin, Uyaina Arshad Sedih Sebab… “Tengok Cermin, Macam Mengandung 4 Bulan,” – Ada Tegur Badan Naik Selepas Bersalin, Uyaina Arshad Sedih Sebab…

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulong yang diberi nama Raja Ulhan.

IKLAN

Raja Ulhan telah selamat dilahirkan secara pembedahan pada 8 September lalu.

“Tengok Cermin, Macam Mengandung 4 Bulan,” – Ada Tegur Badan Naik Selepas Bersalin, Uyaina Arshad Sedih Sebab…Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI