Penyanyi, Shila Amzah akui gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapanya Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman yang hadir ke Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) malam tadi.

Ia secara tidak langsung telah menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan rumah tangga ND Lala bersama isteri kini sedang bergolak dan hubungannya bersama Shila juga kurang baik.

Menurut Shila, bapanya yang juga merupakan penyanyi senior itu sememangnya sudah berjanji untuk hadir menonton persembahannya di diperingkat separuh akhir dan final GV9.

“Dia Selalu Sibuk Hujung Minggu,” – Hadir Tonton GV9, Shila Amzah Teruja Syukur Bapa Tunai Janji

“Kehadiran kedua ibu bapa saya ini juga merupakan satu kejutan buat anda semua. Kita memang dah rancang sebegitu. Bapa saya selalu sibuk bila hujung minggu.

“Saya sangat gembira untuk melihat bapa saya di sini malam ini. Dia memang sudah berjanji akan datang pada konsert separuh akhir dan final,” katanya kepada MH usai konsert separuh akhir GV9 yang berlangsung pada Ahad.

IKLAN

ND Lala dan isteri turut ditemani oleh seorang lagi anak perempuan mereka yang juga merupakan penyanyi, Syada Amzah.

Malah, mereka sekeluarga turut diperkenalkan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sewaktu di awal konsert.

Sekitar Mac lalu, khabar angin yang mengatakan rumah tangga ND Lala dan isteri sedang goyah nyata bertiup kencang sehingga ada yang mendakwa mereka telah bercerai.

IKLAN

Namun, menerusi beberapa laporan media, Shila telah tampil menafikan segala dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Shila mengakui ibu bapanya itu sedang mengharungi satu fasa yang agak sukar selepas hampir 33 tahun mendirikan rumah tangga.

“Dia Selalu Sibuk Hujung Minggu,” – Hadir Tonton GV9, Shila Amzah Teruja Syukur Bapa Tunai Janji “Dia Selalu Sibuk Hujung Minggu,” – Hadir Tonton GV9, Shila Amzah Teruja Syukur Bapa Tunai Janji

IKLAN

Terdahulu, Shila telah menepati ramalan apabila berjaya mara ke konsert akhir GV9 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Pada konsert malam tadi, Shila telah membawakan lagu Sang Dewi nyanyian asal Titi DJ dan sebuah lagi lagu duet bersama Jaclyn Victor iaitu Sampai Bila (Misha Omar).

Dua persembahan memukau itu memboleh Shila berada ditempatkan kedua di belakang Jaclyn dengan markah 79.20%.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI