Bintang program realiti Big Stage Alpha (BSA), Que, terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir pada konsert minggu keempat, malam tadi.
Que gagal menambat hati juri melalui persembahannya yang tampil membawakan lagu Satu Peluang yang dipopularkan oleh Andi Bernadee.
Peserta itu hanya mengumpul markah sebanyak 54.45 peratus.
Turut berada dalam kelompok tiga terbawah minggu ini ialah Allan Andersn dan Awienit, masing-masing dengan 55.45 peratus dan 58.00 peratus.
Ads
Rizal Rashid, Markah Tertinggi
Sementara itu, persembahan bertenaga Rizal Rashid telah berjaya menobatkannya sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak 75.55 peratus.
Saingan malam tadi turut diikuti rapat Izzat Ibrahim dan Ariel Fesol.
Awienit yang mengumpul markah sebanyak 58.00 peratus pula berjaya mengungguli Anugerah Ikon Perfume Paradise minggu ini.
Ads
Berikut ialah senarai markah penuh kesemua peserta yang masih dalam saingan;
Ads
Program realiti yang dihoskan oleh pengacara dari dua negara, Elly Mazlein dan Rina Nose ini disiarkan secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Bagi musim ini, ia menampilkan 12 peserta lelaki yang bersaing dalam format ‘Idol Survival’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
‘Girl group’ sensasi Malaysia, Dolla kini kembali menggegarkan industri muzik dengan single terbaharu mereka berjudul MWA!, selepas hampir setahun.
Dengan sentuhan rentak eksperimental dan inspirasi daripada irama Brazilian funk, lagu ini kini menarik perhatian peminat dari seluruh dunia.
Menurut Dolla, idea lagu ini hadir sebagai kesinambungan kepada Damelo, namun kali ini muncul dengan elemen yang lebih segar dan berani.
“Kami peminat tegar muzik Brazil dan sangat mengagumi Anitta.
“Dari situ, tercetus idea untuk hasilkan lagu berinspirasikan Brazilian funk yang boleh membawa sesuatu yang baharu ke pasaran muzik Malaysia,” kongsi mereka.
Sejak dilancarkan, MWA! telah meraih beberapa pencapaian membanggakan, termasuk debut di tangga keenam dalam Carta RIM Malaysia dan mencapai tontonan lebih satu juta di YouTube hanya dalam beberapa minggu.
Lagu ini turut mendapat sambutan menggalakkan di media sosial, apabila ia menarik perhatian peminat dan pencipta tarian dari Brazil, Thailand dan Amerika Syarikat.
Sebagai sebahagian daripada rangka promosi, Dolla telah mengadakan acara bersama peminat di Bukit Bintang dan terbaharu di IOI City Mall, minggu lalu.
“Kami sangat gembira melihat sambutan yang hangat dari seluruh dunia, dan berharap dapat terus mengembangkan Dolla dan MWA! di peringkat antarabangsa.
“Harap dapat membawa nama M-pop lebih jauh lagi,” ujar mereka yang turut terharu dengan reaksi positif peminat terhadap single ini.
“Kami juga amat menghargai semua sokongan dan sangat teruja melihat ramai yang menyahut cabaran tarian MWA!. Teruskan sokongan anda,” kongsi mereka lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon veteran, Prono akui berbesar hati untuk terlibat dan membuat kemunculan istimewa di dalam filem adiwira terbaharu, Keluang Man The Movie.
Menurut Prono atau nama sebenarnya, Mat Saad Abd Ghani, sebelum ini dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon kerana sudah menetap di Melaka.
“Sebelum filem ini, Astro ada beberapa kali hubungi saya untuk berlakon di bawah arahan Bade Hj Azmi. Ada juga pengarah-pengarah baharu yang cari saya.
“Saya pun sudah lama tidak berlakon. Kini, saya menetap di Melaka. Saya dimaklumkan pihak Astro mencari saya untuk berlakon filem.
“Namun, kemunculan saya hanyalah cameo sahaja,” katanya kepada MH ketika ditemui di malam gala filem Keluang Man, di IOI City Mall, Putrajaya, malam tadi.
Pada masa sama, Prono akui teruja untuk berlakon di bawah arahan pengarah muda, Anwari Ashraf.
“Saya rasa ini peluang yang sangat bagus. Walaupun saya tak kenal Anwari tapi pengarahannya sangat bagus dan berbeza dengan stail pengarah lama.
“Dia baru beranak, saya sudah berlakon dahulu. Tapi saya juga banyak belajar. Zaman kami pun sudah lama berlalu. Saya anggap Amwari ini sebagai pelapis yang bagus,” ujarnya.
Pada masa sama, pelakon yang terkenal dengan francais Senario The Movie akui tersentuh bila lakonanya masih diingati sehingga hari ini.
“Walaupun saya sudah berlakon berpuluh tahun dan kini jarang muncul lagi tapi filem-filem saya masih diingati sampai sekarang. Antaranya filem-filem Senario.
“Kini, saya masih lagi dipanggil. Itu bermakna karya-karya saya dahulu memberi kesan sampai sekarang. Saya sangat bersyukur,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya sewaktu kembali ke set penggambaran filem Keluang Man, Prono memaklumkan dia tiada masalah untuk mengikut kehendak pengarah.
“Biasanya, saya berlakon tidak ikut skrip. Segalanya spontan. Pengarah hanya akan pacak kamera, saya tinggal ‘henjut’ sahaja.
“Segalanya berlaku secara semula jadi. Saya dan pengarah sudah tahu apa yang nak dibuat. Pengalaman saya yang berpuluh tahun ini pun banyak membantu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Riezman Khuzaimi memaklumkan perkembangan terkini mengenai jenazah abang iparnya, Allahyarham Rennie Abdul Ghani yang meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani, Indonesia.
Menurut Riezman, 55, jenazah telah berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pada jam 6:15 pagi semalam.
Bagaimanapun, pasukan penyelamat terpaksa mengusung jenazah secara manual memandangkan helikopter tidak dapat mendarat di kawasan tersebut.
“Alhamdulillah semalam pukul 6:15 pagi, mereka keluarkan jenazah dari tempat arwah jatuh dan dibawa keluar daripada gaung, seterusnya ke ‘checkpoint’ pintu gerbang Toren sampai jam 8.00 malam dekat pintu gerbang.
“Ini kerana, helikopter tak boleh landing di kawasan berkenaan, jadi mereka terpaksa usung jenazah. Dari laluan Toren ke rumah sakit di Lombok mengambil masa tiga jam.
“Pihak hospital sudah bersihkan dan simpan, saya ada minta pihak hospital mandi dan kafankan,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media KamiSempoi Golden Award 2024 di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Dalam pada itu, Riezman turut menjelaskan soal dokumentasi sedang diuruskan bersama pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta sebelum jenazah dibawa pulang ke tanah air.
Bagaimanapun katanya, prosedur pengebumian masih dalam pertimbangan, bergantung kepada keputusan keluarga.
“Kalau ikut prosedur (terbangkan jenazah menerusi udara), semua organ dalaman perlu dikeluarkan, bagi saya ia menyeksa jenazah dan tidak digalakkan. Saya lebih memilih untuk arwah dikebumikan di sana.
“Tetapi terpulang kepada isteri dan anak-anak arwah juga. Malam tadi jam 3.00 pagi, hospital ada menghubungi mereka beritahu jenazah boleh bawa pulang tanpa keluarkan organ-organ dengan menyuntik cecair larutan formalin ke dalam tubuh mayat kerana penerbangan dari Lombok ke Malaysia tidak makan masa yang lama.
“Keputusan untuk bawa balik jenazah atau kebumi di sana akan dibuat hari ini. Kalau semua urusan berjalan lancar, Insya-Allah esok akan tiba kira-kira jam 9.00 malam di KLIA2.
“Anak arwah ada di sana untuk menguruskan dokumentasi dan alhamdulillah, arwah juga mempunyai insurans,” katanya lagi.
Dua Minggu Sebelum Tragedi, Kata-Kata Terakhir Masih Segar
Sementara itu, Riezman turut berkongsi kenangan terakhir bersama Allahyarham dua minggu lalu, iaitu sebelum dia berangkat ke Lombok.
Menurut Riezman, arwah sempat menyatakan bahawa pendakian ke Gunung Rinjani itu akan menjadi pendakian terakhirnya.
“Arwah ada cakap ini kali terakhir dia nak panjat gunung, selepas ini dia mahu sertai larian marathon. Arwah juga sudah beli kasut (untuk marathon), jadi dia nak ikut saya. Tak perasan itu mungkin kata-kata terakhir dia.
“Agak sedih kerana terngiang-ngiang dua minggu lepas baru duduk berjumpa dengan dia ketika mahu buat persediaan pendakian,” ujarnya lagi.
Terdahulu, media melaporkan seorang pendaki warga Malaysia terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani sekitar jam 12 tengah hari, Sabtu lalu.
Allahyarham memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei lalu bersama kumpulan yang terdiri daripada 23 orang pendaki.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Mataram, SAR Lombok Timur dan pasukan perubatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Indonesia, Annisa Kaila, mengakui perlu berfikir panjang sebelum menerima tawaran membintangi filem yang diinspirasikan daripada kisah benar iaitu Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel.