Peguam syarie mewakili pengarah sensasi, Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais membantah tindakan Puteri Sarah Liyana yang menjalani prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) secara berasingan sebelum ini.

Menurut Azmi, prosiding JKP yang dijalankan pada 24 Mac lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak betul dan terdapat kecacatan apabila kedua-dua pihak menjalaninya tanpa bersemuka.

“Mengikut undang-undang, Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) hendaklah memujuk pihak suami isteri untuk berdamai.

“Jadi, kami membantah dan menyatakan bahawa prosiding JKP itu tidak dijalan secara betul kerana ia dilakukan secara berasingan.

“Wakil kedua belah pihak dan suami isteri tidak bersemuka. Macam mana nak jalankan proses pendamaian. Pihak yang pertama tidak tahu apa yang dinyatakan oleh pihak satu lagi.

“Impaknya, proses JKP tersebut tidak berjaya dijalankan dan cacat. Ada kecacatan yang serius. Itu hakikatnya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Katanya lagi, keputusan Puteri Sarah yang meminda perjanjian asal menjadi punca proses penceraian gagal dilakukan hari ini

“Kalau ikutkan, sepatutnya hari ini mereka mencapai kata sepakat untuk bercerai. Disebabkan itu kami tidak membuat draft perjanjian. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan.

“Namun, Puteri Sarah telah menambah dan meminda perjanjian tersebut. Dia menambah perjanjian selepas kami menyerahkan draft kepada penguamnya.

“Kemudiannya, kami menerima draft baru dan ternyata draftnya berlainan. Dalam draft perjanjian yang telah disemak semula oleh Puteri Sarah, dia mengatakan ingin meneruskan tindakan terhadap Ira Kazar dan suaminya.

IKLAN

“Perkara tersebut tidak boleh dipersetujui oleh Syamsul. Itu hal paling penting sekali,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Azmi turut menafikan dakwaan bahawa tindakan Syamsul itu seperti ingin melambat-lambatkan proses penceraian.

“Bukan! prosiding undang-undang ni sangat penting kerana suami isteri akan melalui proses JKP dan hakam. Prosedur harus dijalankan dengan betul.

“Kalau ada kecacatan, ia boleh menimbulkan kesilapan yang serius sehingga boleh membuka kepada semakan.

IKLAN

“Pada pandangan saya, JKP ini harus berjalan serentak. Kalau suami isteri tidak mahu bertemu, wakil kena berjumpa. Puteri Sarah jelas berkongsi dalam media sosial mengatakan enggan berjumpa Syamsul dalam sesi JKP.

“Secara teorinya, JKP adalah perbincangan untuk mereka, manakala pegawai JKP pula perlu memujuk supaya berdamai. Itu yang kami hujahkan tadi,”akhirinya.

Terdahulu, Syamsul hari ini sepatutnya melafazkan talak terhadap Puteri Sarah, namun perkara itu tidak dilaksanakan berikut tiada persetujuan mengenai beberapa terma.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI