Kemelut rumah tangga diantara pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana difahamkan bakal berlanjutan selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat ketika prosiding lafaz cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) sekali lagi.
Ketika ditemui media, Puteri Sarah akui kecewa dengan tindakan Syamsul yang memintanya untuk mengurangkan nafkah anak-anak dan menarik semula kes mahkamah terhadap keluarga isteri keduanya, Ira Kazar sekiranya dia mahu dilepaskan.
“Sebelum ini, kita sudah mencapai kata persetujuan ketika berjumpa. Jadi, hari ini ada beberapa terma yang saya tidak setuju. Pertama sekali, dia meletakkan syarat agar saya tarik semula kes terhadap keluarga Ira Kazar.
“Untuk apa saya berjuang selama ini? Saya tidak akan tarik kes. Keduanya, dia minta diskaun terhadap tuntutan nafkah.
“Sebelum ini dia ada cakap fasal tarik semua kes terhadap kelurga Ira Kazar tapi saya minta nanti dahulu sebab mahu selesaikan kes satu per satu.
“Tiba-tiba peguam saya dapat draft perjanjian untuk turunkan kes. Jadi, saya memang tak akan setuju. Ini sudah melampau. Kes terhadap Ira Kazar akan diteruskan,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini akui sudah bersedia sekiranya kes ini bakal berlanjutan lagi dalam jangka masa yang agak lama.
“Nak panjang pun panjangkanlah. Pihak saya memang sudah bersedia 10 langkah ke hadapan. Saya akan berjuang demi anak-anak. Perjuangan ini bukan untuk diri saya lagi.
“Tuntutan kami tak sampai angka juta pun. Bagi saya sangat sedikit. Jadi, saya tak kecewa,” ujarnya lagi.
Terdahulu, mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Mei depan untuk sebutan semula kes dan laporan Jawatan Kuasa Pendapai yang telah disempurnakan oleh kedua-dua belah pihak.
Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama telah menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Ads
Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.
Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.
Antara terma-terma penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.
Ads
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas keengganan Syamsul untuk menceraikan isteri pertamanya itu.
Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.
Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendedahan penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengenai seorang aktres yang didakwa pernah mengakui menyukai suaminya, Aliff Aziz turut mendapat perhatian ramai termasuk dalam kalangan rakan artis sendiri.
Selain Nabila Huda, aktor Sharnaaz Ahmad turut menyatakan pendapatnya mengenai isu penyondol, istilah yang digunakan bagi individu baik lelaki atau wanita yang menganggu rumah tangga orang lain.
Menurut Sharnaaz, golongan sedemikian sebaiknya ‘diharamkan’ daripada berlakon.
“Setiap drama, dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamposlah.
“This kind of people (women and man) patut kena ban daripada berlakon atau keluar tv,” tulis Sharnaaz menerusi Insta Story.
Bapa kepada Jebat Jayden itu turut mengulang siar (repost) artikel mengenai reaksi Nabila Huda yang geram dengan seorang aktres yang didakwa cuba menganggu rumah tangga Bella dan Aliff Aziz.
Menerusi kenyataan Bella kepada media sebelum ini, pelakon wanita itu sering cuba menghubungi suaminya malah turut mengakui sudah ‘terlanjur’ menyukai Aliff.
Difahamkan pelakon wanita itu didakwa turut terlibat bersama Aliff di dalam naskhah drama yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja bersiaran buat pertama kali di slot 3 Pagi Era, penyampai radio dan pelawak Nabil Ahmad kantoi dengan isteri, Zira Ayub apabila bekas kekasihnya sendiri telah menghubungi radio Era bagi membincangkan topik ‘Orang Ketiga’.
Topik itu hangat menjadi bualan tiga penyampai radio slot pagi Era baharu itu yang turut diterajui Azad Jasmin dan Radin.
Bekas kekasih Nabil yang dikenali sebagai Intan mengatakan dia pernah bertemu janji dengan seseorang yang kini sudah mencipta nama dan terkenal di seluruh Malaysia sebelum mendedahkan individu tersebut adalah Nabil.
Malah, dia turut mengimbas kenangan ketika Nabil menghantar surat ke pejabatnya pada suatu ketika dahulu.
“Siapa ada kenangan manis kat Rahang, Negeri Sembilan?
“Tak ingat ke kenangan manis datang office saya hantar surat… kita keluar sama-sama, selalu pergi makan.. tak ingat ke?
“EX5 awak tu pun saya ingat lagi,” dedah Intan.
Mendengarkan pengakuan wanita tersebut, Nabil yang kelihatan cuak terus melompat cuba mengingati apa yang diperkatakan Intan.
“Ni sebelum kahwin la kan, masa saya jadi despatch dulu la kan,” kata Nabil.
Menariknya, diskusi mengenai perkara itu tidak terhenti di konti sahaja, sebaliknya membawa sehingga ke rumah apabila Nabil secara curi-curi merakam perbualan isterinya yang bertanyakan mengenai Intan.
“Baru kerja satu hari dah ada Intan call, esok siapa call, Payung, lepas tu Emas?!” bebel Zira.
Menerusi video yang dikongsikan di YouTube Era itu, Nabil kelihatan pasrah apabila ditegur isterinya ketika sedang mahu menjamah makanan.
Terdahulu, Nabil, Azad dan Radin telah diumumkan sebagai penyambung legasi slot pagi Era mulai Isnin lalu.
Sebelum ini, slot itu diterajui JoHaRa iaitu Johan, Haniff dan Ray.
Haniff dan Ray kini memulakan tugas di slot baharu, 101 Era yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabil Zira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penguatkuasaan mewajibkan ‘baby car seat’ bermula Januari 2020 turut mendapat perhatian Anzalna Nasir.
Berkongsi panduan pemasangan yang betul, pelakon ini menjelaskan, ia merupakan langkah terbaik bagi menjaga keselamatan anak-anak.
“Korang ada dengar tak pengumuman kerajaan untuk menguatkuasa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) mulai Januari 2020? I think it’s a great move to keep our children safe while in motor vehicles.
“Siapa tak sayang anak kan? So to all the parents out there, make sure korang pilih dan sediakan car seat yang sesuai mengikut ketinggian dan berat anak korang.
“Jangan lupa, penggunaan dan pemasangan perlu merujuk kepada manual Kerusi Keselamatan Kanak-kanak dan juga manual kereta korang.
“Ni, Anzalna nak share garis panduan kat korang, so senang nak faham. Swipe left untuk tengok jenis car seat mana yang sesuai dengan tinggi/berat anak,” tulisnya.
Perkongsian ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji sikap prihatin dan peka ibu kepada seorang anak ini.
Sekadar info, Anzalna dan Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dandikurniakan anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Foto : Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikhabarkan melangsungkan pernikahan, hari ini.
Menurut sumber, pasangan itu mengadakan majlis pernikahan di kampung halaman Mimi di...