Penerbit Jaja Ishak tidak kisah dilabel memilih bulu kerana mengutamakan barisan pelakon daripada negeri Pahang untuk membintangi drama-drama terbitan rumah produksinya, Jaja Ishak Channel.

Menurut Jaja, kritiria tersebut menjadi keutamaanya bagi memudahkan setiap urusan kerja namun kualiti bakat juga tetap diambil kira.

“Production House Saya, Suka Hati Saya,” – Jaja Ishak Mengaku Pilih Bulu!

“Sejujurnya saya memang memilih bulu. Itu rumah produksi saya. Jadi, suka hati sayalah nak memilih siapa pelakonnya. Asalkan pihak stesen tv setuju, saya okay sahaja.

“Saya telah pun menghasilkan hampir 50 buah karya dan kebanyakkan lokasinya di Pahang. Jadi, bagi memudahkan urusan kerja, saya akan memilih pelakon yang mempunyai pertalian dengan negeri Pahang.

“Sebelum ini, saya kerap memilih barisan pelakon seperti Datuk Fizz Fairuz dan Noorkhiriah. Namun, kalau nak berlakon di rumah produksi saya, bakat juga diambil kira.

“Kalau ada pilihan pelakon yang mempunyai bakat yang sama, sudah tentu saya akan dahulukan mereka yang berasal daripada Pahang berbanding negeri lain,” katanya kepada MH.

IKLAN

Jaja berkata sedemikian ketika ditemui di prorgram santai bersama media anjuran Indigital Music dan FYP Media di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Production House Saya, Suka Hati Saya,” – Jaja Ishak Mengaku Pilih Bulu!

Dalam pada itu, Jaja akui tidak terkesan sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan cara kerjanya itu

“Saya tak takut pun. Saya follow the flow je. Kalau mereka nak berkerja dengan saya, saya terima dengan hati terbuka. Kalau tak nak, tak mengapa dan saya tak kisah.

“Saya pun tak terdesak sangat. Saya bukan kekwat tapi itu prinsip saya. Pada saya, saya nak bekerja dengan orang yang mudah.

IKLAN

“Kalau artis daripada negeri luar, ada banyak perkara yang perlu diambil kira seperti kos pengangkutan dan penginapan.

“Namun, ini bukan bermakna pelakon negeri lain tak bagus. Saya juga kerap membuat projek travelog dan dokumentari di negeri-negeri lain,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, ini juga merupakan salah satu cara untuk rumah produksinya membalas jasa dan sokongan yang telah diberikan kerajaan negeri Pahang salama ini.

“Production House Saya, Suka Hati Saya,” – Jaja Ishak Mengaku Pilih Bulu!

IKLAN

“Saya juga nak menjana ekonomi di negeri Pahang. Saya terlalu sayangkan negeri saya.

“Malah, perkara yang paling penting, setiap karya-karya daripada Jaja Ishak Channel, mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Pahang. Itu merupakan perkara eksklusif buat rumah produksi kami,” akhirinya.

Terdahulu, Jaja kini dalam persediaan untuk menerbitkan drama baharu yang berjudul Panggil Aku Dahlia yang mengisahkan tentang percintaan membabitkan pengusaha ladang teh.

Malah, drama ini juga bakal menjalani penggambaran di Cameron Highland, Kuantan dan Temerloh.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Jaja Ishak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI