“Dia berlatih dalam masa dua hari macam tu, lets have some fun.”
Itu reaksi penyanyi Aliff Aziz selepas ditanya mengenai keberadaan isteri, Bella Astillah yang turut sama menari mengiringi persembahannya itu di Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), semalam.
Menerusi konsert minggu ketujuh itu, Aliff menyampaikan lagu Pesan Cinta nyanyian asal oleh Afgan.
“Bila lagi kita nak ada kesempatan beginikan? Saya harap semua orang terhibur bila ada elemen kejutan itu.
Ads
“Pertama kali kami sama-sama di atas pentas. Rasa teruja. Apa pun terima kasih banyak kepada isteri saya kerana ‘sporting’ dan sudi untuk berada di atas pentas bersama dengan saya di Gegar Vaganza. Sangat gembira,” katanya.
Ditanya mengenai komen juri jemputan, Datuk M Nasir sejurus dia selesai membuat persembahan, penyanyi lagu Sayang Sayang ini rasa terharu dan cuba menambah baik persembahannya selepas ini.
“Alhamdulillah saya bersyukur sebab sekali lagi diberi peluang untuk membuat persembahan di hadapan juri yang berkaliber.
Ads
“Bila dapat tahu Datuk M Nasir akan beri komen, saya boleh rasa apa yang ingin disampaikan beliau.
“Saya gembira dan berterima kasih untuk kata-katanya. Apa yang yang boleh saya perbaiki selepas ini, saya akan analisa dan cuba yang terbaik, insya-Allah,” katanya lagi.
Aliff memperolehi markah sebanyak 71.90 peratus di belakang Nikki Palikat yang unggul di tempat pertama dengan 72.30 peratus.
Ads
Minggu hadapan, Aliff bakal menyanyikan lagu Rapuh yang dipopularkan oleh Nastia, runut bunyi bagi drama Papa Ricky.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Astro (Azrul Rafie)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ruhainies telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami masalah sakit perut dan muntah akibat keracunan makan, beberapa hari lalu.
Menurut Ruhainies, insiden tersebut berlaku ketika dia sedang menjalani satu sesi penggambaran.
Meski tahap kesihatan dirinya kurang baik, Ruhainies bagaimanapun tetap meneruskan komitmen kerja selepas itu.
“Only God knows how i felt at this moment.. was down with food poisoning last few days, thats why i was a bit quiet lately. Today je rasa betul2 recover from vomiting and stomach/chest cramps.
“Can’t remember when was the last time i kena food poisoning teruk mcm ni. kena kerja while you sakit tu seksa okay.
“Orang macam kami ni MC takde value tau. No matter what happens, kena kerja jugak supaya tak menyusahkan orang lain.
“Thank you to my drama production yang sangat understanding, dorg bagi i calltime lewat for the next day untuk shooting,” tulisnya.
Kini, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu bersyukur kerana tahap kesihatan dirinya semakin bertambah baik dan sihat.
Ruhainies turut menasihati ramai untuk terus sentiasa menjaga kesihatan diri.
“Alhamdulillah, now im getting muchhhhh better. Pesanan Anis, jaga diri, jaga kesihatan okay. No matter how hard you work, how much you gain, kesihatan tu nombor satu. So that you can earn more, and give more.
“Note : my makeup / hair done from my photoshoot actually photoshoot separuh jalan terus rush to hospital. Photoshoot untuk apa, stay tuneeeee. Walaupun muka sakit, tapi i perform ok!,” tulisnya lagi.
Pelawak, penyanyi dan pelakon Saiful Apek memberikan penghormatan terakhir buat penerbit, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, yang telah pergi dijemput Illahi pada 1 Januari lalu.
Menurut Apek,52, panggilan nama Apek itu sendiri sebenarnya telah diilhamkan arwah sebagai suatu percubaan menerusi program hiburan Melodi sekitar tahun 1996.
“Mendapat gelaran ‘APEK’ dari beliau selaku penerbit, juga sahabat yang takkan mungkin saya lupakan sampai bila-bila, sebagai eksperimen dalam program @meloditv3 (1996) di @tv3malaysia & sehingga ke hari ini kekal terus dengan ‘stagename’ yang menjadi asbab tuah rezeki saya dalam industri seni & terus sinonim pd semua,” tulisnya.
Hantaran tersebut dikongsikan kembali anggota kumpulan Sa.Ya ini yang kini sedang bersaing di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini.
“Khabar Duka : Awal 2022 Jan 1/1. Sahabat lama kami team senario dari Media Prima – ALLAHYARHAM Ismadi, suami kepada rakan artis kami, @anitabaharom telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 8:30am pada Sabtu amat menyedihkan ramai rakan2 bidang penyiaran serta rakan artis yg pernah bekerja bersama Allahyarham Madi.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
“Aamiin Yarabal Allamin. Selamat Pulang Sahabat lama kami. Salam Takziah buat Keluarga Anita & Keluarga Allahyarham,” kapsyen yang tertera.
Terdahulu media melaporkan arwah yang juga suami kepada pelakon Anita Baharom itu menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kencing manis di kediamannya di Shah Alam, Selangor, jam 8 pagi.
Anita dan arwah Ismadi mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi remaja,Vanessa Reynauld mendedahkan dia sebelum ini pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ seawal usia kanak-kanak sehingga ada ketikanya dirinya rasa takut untuk ke sekolah.
Vanessa,21, berkongsikan pengalaman tersebut menerusi satu entri di Instagram.
Penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Separuh Nyawa di samping Naqiu itu bercerita mengenai situasi yang pernah dilaluinya.
“Saya ternampak situasi yang membuat saya ‘trigged’. Ada seorang perempuan ini berbadan besar, dia nak beli baju.
“Tapi kedai itu tak banyak pilihan baju untuk mereka yang berbadan besar. Pembantu jualan itu pun layan tak layan, pandang atas bawah,” katanya dalam hantaran video.
Bintang muda ini menerusi ruangan kapsyen turut menjelaskan, dia kini cuba sebaik mungkin untuk mengendalikan setiap kritikan berbaur negatif yang diterima.
“Realitinya, kita semua tak sempurna, hanya kita boleh ubah pemikiran terbabit dan mencintai diri sendiri.
“Saya tak selalu berkongsi mengenai perkara ini, tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas. Sebenarnya ada sisi kehidupan yang orang tak tahu.
“Semenjak kecil lagi saya selalu kena ejek sampai pernah rasa takut dan trauma pergi sekolah! Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut afro semulajadi saya yang cantik ni.
“Hey, kalau pergi salun nak buat rambut macam ni mahal tau! Walaubagaimanapun, saya berjaya menghadapi perkara itu.
“Walaupun saya masih lagi terima kecaman tentang penampilan, ia tidak seburuk dahulu kerana saya dah pandai untuk mengendalikannya,” tulisnya.
Tambah Vanessa lagi, dia lebih kuat kerana mahu memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga, terutama kepada abangnya yang menghidap sindrom down.
“Dari program Ceria Popstar sehingga ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36, walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, perjalanan ini sangat panjang dan mencabar.
“Walaupun saya pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi memang susah nak dapatkan penghargaan orang ramai. Tapi tak mengapa, saya tak pernah kecewa kerana ini apa yang saya impikan. Saya takkan biar komen negatif melemahkan saya.
“Saya kuat kerana keluarga. Saya berjanji untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa, terutamanya kepada abang saya, Christopher. Abang saya insan istimewa, dia menghidap sindrom down. Dia memang bergantung harap kepada orang lain jadi sayalah yang menjaganya setiap hari, memberi dia makan dan mandikan dia.
“Christopher adalah cinta sejati kami sekeluarga. Dia buat saya rasa sempurna. Sasaran saya setiap tahun adalah untuk menjadi penyanyi yang disegani, jadi satu hari nanti sata boleh sediakan keperluan abang saya.
“Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana dialah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya,” tulisnya lagi.
Dalam hantaran yang sama, Vanessa turut meluahkan rasa teruja kerana wajahnya dipilih untuk dipaparkan di papan iklan digital terkemuka New York Times Square, Amerika Syarikat bersempena kempen Equal-Spotify.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi remaja ini agar Vanessa tidak berputus asa.
Dalam perkembangan lain, Vanessa bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna pada 28 Januari depan.
Single yang diterbitkan oleh Adib Hussin ini merupakan hasil ciptaan Faizal Tahir bersama Mage dan ia merupakan dedikasi khas Vanessa untuk abangnya, Christopher.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.