“Saya serahkan semuanya pada Allah SWT. Saya tak berani nak cakap.” Itu kata usahawan dan pelawak, Shuib ketika ditanya mengenai soal jodoh selepas kira-kira lima bulan pemergian isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Menurut Shuib, apa yang difokuskannya ketika ini ialah anak-anak mesti tidak menafikan ibunya turut bertanya mengenai soal pasangan hidup.
“Yang penting, saya cuma harap yang terbaik untuk anak-anak. Nak bercerita mengenai hal yang depan-depan soal benda itu… bukan tak reti, mak pun ada cakap cubalah berkawan dengan sesiapa dulu.
“Entahlah…saya memikirkan anak-anak yang ramai selain masa. Malah keadaan diri saya yang ‘on and off’, itu yang buatkan ia sukar sedikit,” katanya.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menambah, meski dia ada mengenali seseorang, ia bagaimanapun masih terlalu awal dan menyerahkan soal jodoh kepadaNya.
“Ada yang cakap masih terlalu awal, ada yang berpendapat kena cepat (cari pasangan) sebab untuk ‘menggerakkan’ diri kita. Selagi begini dan tak berkawan dengan siapa-siapa kan?
“Tapi saya sendiri terfikir kadang-kadang saya pun jarang keluar. Kalau isi masa sekali pun mesti bersama anak-anak. Malah kebelakangan ini pun saya tidak terlalu terlibat dengan industri seni.
“Jadi saya tak tahu bila masa saya nak terlalu tumpu hal berkaitan jodoh atau mengenali seseorang. Tak reti nak cakap bila. Saya sibukkan diri dengan anak-anak. Perhatian memang kepada mereka,” katanya lagi.
Ditanya mengenai kecaman yang diterima susulan hal berkaitan pasangan hidup baru, Shuib memilih untuk tidak mengambil berat komen berbaur negatif.
Sebaliknya, dia percaya pandangan dan perhatian daripada ahli keluarga yang terbaik.
“Saya sekarang ni macam lantaklah orang nak cakap apa. Yang hadapi situasi ini pun saya. Saya tidak boleh nak tutup mulut orang.
“Misalnya kalaulah selepas lima bulan (pemergian Siti Sarah) saya cuba cari jodoh atau apa nanti, orang mungkin cakap dulu beriya-iya sedih sangat tapi sekarang ni macam cepat pula (cari pasangan).
“Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak perlu dengar banyak perkara mengenai orang lain. Sebab hanya perlu dengar apa kata mak dan ibu mertua saya serta ahli keluarga lain. Lainlah kalau ada usik orang lain, itu lain cerita,” kartanya lagi
Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama arwah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Shuib ditemui di Sidang Media Loveta x Anzalna di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak Achey dan Nabil Ahmad memberi sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES).
Sumbangan tersebut disumbangkan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada Oktober setiap tahun.
Menurut Achey, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat hasil kerjasamanya bersama syarikat pengeluar minyak wangi, SugarBomb.
“Asalnya idea untuk buat CSR ini tercetus daripada Nabil sendiri.
“Bila saya tahu sumbangan itu untuk disalurkan untuk kegunaan penyelidikan kanser payudara, saya terus bersetuju memandangkan ahli keluarga sendiri pernah menghidap kanser tersebut,” katanya
Achey berkata demikian ketika ditemui sewaktu sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.
Bagaimanapun, Nabil tidak dapat hadir pada majlis itu atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.
Katanya lagi, dia juga berharap dengan sumbangan ia sedikit sebanyak dapat memperkasakan kajian mengenai penyakit yang menjadi pembunuh senyap khususnya dalam kalangan wanita.
“Saya tahu lelaki juga berisiko untuk dapat penyakit kanser payudara, tapi kesedaran tak sampai kepada masyarakat.
“Sebenarnya peratusan risiko menghidap kanser sama sahaja tanpa mengira jantina,” katanya.
Kesemua sumbangan itu merupakan hasil sebahagian jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K.
Sebagai info, Bukan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai ‘Pink Oktober’.
Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di persada dunia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan,Mila Jirin sebelum ini telah ditahan di sebuah hospital kerana kirang darah sel merah.
Mila bagaimanapun turut berkongsi tahap kesihatannya kini yang semakin pulih.
“Bila doktor inform Platelets saya turun sehingga 8 dan saya perlu masuk ICU, saya sangat risau…Waktu tu saya masih tak mampu nak makan apa apa, asal makan sahaja muntah..
“Esok nya pula, Platelets turun lagi sehingga 5 dan saya perlu ditukarkan ke HDU untuk pemantauan rapi kerana doktor takut bleeding..Macam macam wire on my body…Allahuakbar, waktu itu saya berserah diri pada Allah dan sangat sangat down..hanya Arif terbayang dimata, bagaimana nak susukan Arif…Setiap detik saya mohon Allah bagi kesihatan yang baik buat saya…
Justeru,doktor menasihati Mila supaya menjaga pemakanan.
“Doktor yang rawat saya minta supaya saya tidak ambil sup ketam dan air rebusan daun betik sebaliknya minta saya minum banyak jus buah dan minum air putih sebanyaknya..Kata doktor yang rawat saya tu.
Tambah doktor, wabak denggi akan berisiko ke arah yang lebih berbahaya.
“Bila wabak denggi menyerang, hati akan membekak sedikit, oleh sebab itu doktor tak sarankan untuk makan ketam (kolestrol tinggi) dan risau ada racun pada daun betik dan ini akan membuatkan ia lebih teruk (WALLAHU A’LAM)
Difahamkan, kadar bacaan darah Mila kini kembali normal.
“Alhamdulillah dengan IZIN ALLAH, Platelets saya naik semula selepas hari ke 8. Dari 5 naik 11, naik 42, naik 149 dan Alhamdulillah..tadi check up di hospital, Platelets dah kembali normal dah 300 lebih… SYUKUR PADA ALLAH
“TERIMA KASIH buat semua yang mendoakan dan yang melawat saya di hospital..terutama SUAMI, MAK AYAH, MAK MENTUA, ADIK ADIK, SAUDARA MARA serta SAHABAT, FOLLOWERS semua yang DM dan msg saya..Maaf ada yang saya tak sempat untuk membalasnya… Hanya ALLAH yang dapat membalas Kebaikkan kalian semua..
“Nikmat ALLAH yang paling besar buat kita hambanya adalah NIKMAT KESIHATAN… Sesungguhnya Aku BERSYUKUR!,” akhiri Mila.
Video: IG Mila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Merakam foto sambil melakukan aksi segitiga menggunakan tangan, pelakon Mimi Lana dipersoal sama ada dia sebahagian daripada agenda Iluminati.
Foto dengan kapsyen “Keep on dreaming . I’m reaching”, foto yang dikongsi mendapat lebih 30,000 tanda suka dan lebih 200 komen netizen yang rata-rata memberikan reaksi yang sama setakat ini.
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi...