Pelakon, Qi Razali terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh golongan orang kelainan upaya (OKU) Pekak daripada Pertubuhan Bersatu Shah Alam yang menonton filem terbaharunya, Babah, baru-baru ini.
Menurut Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, dia gembira kerana karya lakonannya itu berjaya menyentuh hati golongan OKU pekak ini meskipun mereka tidak dapat mendengar sebarang bunyi daripada filem tersebut.
View this post on Instagram
“Aku terharu sebab mereka tengok sampai habis dan mereka menangis. Tanpa dengar apa-apa bunyi satu pun.
“Alhamdulillah Babah. Terima kasih Pertubuhan Bersatu Shah Alam OKU Pekak,” tulisnya.
Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh Qi menerusi sebuah hantaran di laman aplikasi X.
Malah, menerusi hantaran yang sama, bekas anggota kumpulan OAG ini juga dilihat sempat menyantuni penonton daripada golongan OKU dengan menggunakan bahasa isyarat.
Qi juga menerima plug sebagai tanda penghargaan daripada pertubuhan tersebut.
Netizen Puji Kemampuan Qi Guna Bahasa Isyarat
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh menonton perkongsian tersebut selain turut memuji kemampuan Qi berinteraksi menggunakan bahasa isyarat.
“Bila hasil kerja seni yang sarat bunyi, skrip, muzik, dan lagu pun boleh memberi kesan kepada yg tak mampu mendengar. I think that is a testament of how great the work you did in this movie. Bravo to you and team.
“Sign language is so cool. Dari dulu nak belajar tapi tak kesampaian lagi. I know hi and thank you je.
“Best gila woi cerita Babah ni. Dulu ada Papadom sekarang ada Babah.
“Memang HEBAT team BABAH!
“Aku tengok ni je dah nangis,” antara komen-komen netizen.
Setakat hari ini, filem Babah arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim telah berjaya mencapai jumlah kutipan bernilai RM5 juta.
Selain Qi, filem sarat emosi ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Sweet Qismina, Cristina Suzanne dan Adam Lee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Qi Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI