Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan dua unit kondominium khas buat dua anak mereka iaitu Soffya dan Fahri bersempena dengan ulang tahun kelahiran masing-masing.
Menurut Wawa, 33, selain sebagai hadiah hari jadi, kediaman berkenaan juga adalah aset anak-anak pada masa akan datang.
“Tak adalah mewah sangat cuma alhamdulillah. Kita memikirkan mengenai masa depan anak-anak. Jadi setiap kali tiba hari jadi mereka, adalah kami sediakan hadiah atau buat majlis sambutan.
“Tahun ini, kita bagi anak-anak rumah demi masa depan mereka. Rumah jenis kondo, dua unit dan terletak kawasan Selangor juga.
“Harganya tidak mahal mana pun, berpatutan saja. Rasanya tak perlu untuk saya kongsikan harga,” katanya.
Wawa berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis Pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor, pada Sabtu sambil ditemani suami, pelakon Aeril Zafrel.
Ads
Menyatakan rasa teruja, Wawa juga bersyukur apabila produk terbaharunya itu menerima maklum balas baik dan sebanyak 100,000 unit telah diperuntukkan untuk kempen kali ini.
“Ia diberikan secara percuma dengan setiap pembelian Wawa Sunscreen. Saya percaya setiap kondisi kulit mereka berbeza-beza. Jadi dengan adanya Mummy Baby Sunscreen set ini mereka boleh cuba mana satu yang terbaik untuk kulit masing-masing.
‘Ia diformulasi dengan bahan mineral yang baik untuk kulit, termasuk untuk kanak-kanak. Syukur setakat ini lebih 50 peratus sudah terjual. Kiranya dapat penerimaan yang positif,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Wawa menambah, sebagai ibu bapa mereka juga tidak pernah lupa untuk menyimpan untuk anak-anak setiap bulan selain menyediakan keperluan lain.
“Sebenarnya untuk setiap anak, mereka sudah ada rumah masing-masing. Malah kami memang peruntukkan satu jumlah untuk simpanan mereka setiap bulan.
“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi lebih baik ada simpanan untuk kemudahan pengajian mereka, waktu kecemasan dan sebagainya.
“Simpanan itu juga sebenarnya hasil daripada perniagaan kosmetik yang kami jalankan sejak awal,” katanya lagi.
Ads
Wawa turut bersetuju bahawa kejayaan bisnes yang dijalankan dia dan suami sebenarnya adalah hasil rezeki anak-anak.
“Rezeki setiap anak ini bagi saya berbeza-beza. Malah saya perasan setiap kali menerima kehadiran ahli keluarga baru, rezeki kami juga lebih baik alhamdulillah,” katanya.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi Elyana tampil membidas komen keterlaluan netizen yang mendakwa dia sengaja meraih simpati hanya kerana berkongsi keadaan diri yang kini sedang sakit.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal menegaskan, komen-komen sedemikianlah yang membuatkan dirinya memilih untuk tidak terlalu berkongsi perihal sakit yang dialami kepada umum sebelum ini.
“Cari simpati? Fuh… ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab kenapa aku ambil masa lapan tahun untuk tak nak beritahu yang aku sakit sebab tak ada gunanya pun.
“Aku buat keputusan yang salah… terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen pasal agama memang nombor satu. Solat lima waktu jangan tinggal pula,” tulis Elyana menerusi paparan Instagram Story.
Sebelum itu, penyanyi berusia 35 tahun itu berkongsi dia tertidur selama 15 jam akibat demam teruk selain hilang selera makan.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu juga berkongsikan salah satu komen ‘kasar’ yang diterima mengenai penjagaan aurat.
Elyana dilihat membalas komen tersebut kerana merasakan sudah terlalu lama dirinya dibuli.
“Niat hendak bagi nasihat, tetapi biadab. Mari jumpa depan-depan berani tak kak?
“Mungkin dahulu saya tidak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak,” tulis Elyana lagi.
Elyana sebelum ini berkongsi, dia sudah disahkan bebas dan pulih daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang dideritai sejak 11 tahun lalu.
Dia hanya mendedahkan mengenai sakit yang dialami sejurus tersingkir daripada persaingan program Gegar Vaganza muzim ke-4 (GV4) yang disertai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengakui dirinya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang hos mahupun sebagai pelakon, sebelum ini.
Kongsi Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia dahulu mengambil jurusan undang-undang di Universiti Malaya beberapa tahun lalu.
Namun, bintang berusia 28 tahun ini yakin percaturan yang ditentukan oleh Allah S.W.T ada hikmah disebaliknya.
“Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang2 hebat dalam bidang pengacaraan & lakonan.
“Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ni walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu,” jelasnya.
Pelakon drama bersiri, Sara Sajeeda ini menitipkan nasihat buat remaja mengenai fasa pekerjaan yang akan ditempuhi.
“Buat adik2 yang baru dapat result UPU, mungkin ada yang suka & mungkin jugak ada yang tak suka dengan course yang adik2 dapat.
“Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia2. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu.
“Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua & jadi orang yang berguna kepada masyarakat Ok? #UyainaArshad,” tulisnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Uyaina bersama Fikry Ibrahim mengendalikan program realiti, Ratu Hijabista yang bersiaran setiap Rabu, jam 9.00 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengakui dia ada sebab tersendiri apabila meluahkan mengenai apa yang terbuku di hati mengenai sisi peribadinya di media sosial.
Katanya kepada MH, masing-masing ada cara tersendiri dan baginya, itu antara langkah yang dilakukan demi memastikan kemelut yang berlaku boleh diselesaikan dengan sewajarnya.
“Kadang-kadang kalau kita tak terluah, orang di luar sana tak akan tahu. Kita kena sedia maklum apabila berlaku sesuatu hal terhadap seseoang artis itu, kalau kita tak perjelaskan, hal sebenar akan jadilah macam-macam isu lain pula.
“Jadi saya percaya langkah yang terbaik untuk selesaikan masalah,” jelas penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini jujur.
Pada masa sama, ibu tunggal ini juga turut berseloroh jika ada yang berani ‘buat hal’ dengannya.
“Kalau tak nak aib, jangan buat hal,” tegas Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom ini.
Apa pun, Elly kini turut mengakui sedang diulit bahagia adalah mengumumkan hatinya kini sudah pun dimiliki oleh seorang pemuda asal Kelantan yang masih dirahsiakan identitinya, meski mengakui dia sudah pun bersedia untuk bergelar isteri buat kali kedua.
“Saya akan kongsi apabila semuanya hampir pasti nanti, insyaAllah kami merancang untuk disatukan tahun hadapan, doakan yang terbaik,” pinta salah seorang peserta program realiti Muzikal Lawak Superstar ini lagi.
Menerusi program realiti berkenaan, Elly Mazlein bergandingan bersama Bell Ngasri dan Rahim Sepahtu.
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...