Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek menceritakan persamaan tiga pelawak popular, Allahyarham Abam, Mr Os dan Pak Yus yang ketika hayatnya suka bersedekah dan membantu golongan di dalam kesusahan.

“Ketiga-tiga mereka adalah pelawak tetapi ada kebaikan mereka disembunyikan ketika hayat yang ramai orang tidak tahu.

“Sempat juga beberapa tahun lepas saya solat jenazah untuk arwah Mr Os, saya menguruskan jenazah dia sangat mudah dan begitu juga arwah Pak Yus kerana mereka ini suka bersedekah.

“Sedekah adalah jalan paling mudah ke syurga asalkan ikhlas kerana Allah.

“Mr Os sewaktu hayatnya dia sangat suka bersedekah. Ketika dia berada dalam masalah kewangan di mana dia seorang pemandu teksi, kalau ada yang tidak cukup duit, dia anggap itu sedekah.

IKLAN

“Sebab itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, apabila mati anak Adam, putus semua amalan kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ketiga doa anak yang soleh.

“Sedekah perkara paling mudah untuk ke syurga. Ini kerana sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu sampai dulu kepada Allah, itulah ‘power’ bersedekah dan apa yang berlaku kepada arwah Abam adalah dia juga suka bersedekah,” katanya.

IKLAN

Selepas pemergian arwah Abam, tular kisah-kisah kebaikan yang pernah dilakukan semasa hayatnya masih ada. Terbaru, kisah seorang wanita yang merayu supaya membenarkannya melawat pusara Abam pada waktu malam tular di laman sosial.

IKLAN

Kisah ini dikongsi penggali kubur yang dikenali sebagai Khairuddin, 51 yang menyatakan dia didatangi seorang wanita bersama anak perempuannya yang menunggang motosikal di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 8.00 malam.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, pergi mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak pada jam 7.15 pagi pada 10 Februari lalu selepas mengalami demam selama dua hari.

Foto : Instagram Ustaz Hanafiah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI