Terbaru, pelakon Nabila Huda telah membintangi dalam sebuah filem terbaru yang berjudul, M4M4.

Filem M4M4 ini sebuah filem yang berkisar mengenai kasih sayang seorang ibu terhadap anak yang tiada pengakhiran.

Di dalam filem ini, Nabila memegang watak sebagai Puan Aini dan merupakan ibu kepada Aliya yang dilakonkan oleh Bella Dowanna.

Filem M4M4 juga turut menceritakan tentang pengorbanan seorang ibu yang sanggup membunuh demi keadilan buat anaknya.

Kongsi Nabila, filem M4M4 ini tidak akan memberi pengaruh negatif kepada penonton meski ada adegan membunuh dalam filem berkenaan.

IKLAN

“Malaysia ada undang-undang, orang tak akan berani nak buat benda sebegini dekat luar dan kita ada pegangan agama.

“Untuk melakukan hal di luar jangkaan itu kemungkinan orang yang tak ada agama atau orang yang tak ada Tuhan.

“Orang yang tak ada Tuhan atau pengaruh dadah dia beranilah buat macam tu. Tapi orang yang macam kita, kita tahu ada batas dia,” katanya lagi.

IKLAN

Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyifatkan penonton boleh menilai baik buruk terhadap sesuatu perkara.

“Jadi walaupun kita marah macam mana sekalipun, kita tahu batas dia sebab kita telah dididik dari kecil, dekat sekolah dan sebagainya untuk tidak buat perkara sedemikian.

IKLAN

“Saya tak rasa filem ini akan mempengaruhi penonton sebab membunuh ni satu perkara yang tak kelakar langsung dan hidup anda akan sia-sia kalau membunuh,” jelasnya lagi.

View this post on Instagram

Gala Night #m4m4 ❤️

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Selain Nabila, filem M4M4 dibintangi pelakon Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Hariz, Eyra Hazali dan ramai lagi.

Filem arahan pengarah Eyra Rahman dan bakal menemui penonton pada 6 Februari depan di pawagam terpilih di seluruh negara.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI