Pelakon, Ramona Zam Zam bernasib kurang baik selepas mengalami alahan kulit di beberapa bahagian wajah dan badannya.

Di samping berkongsi foto keadaan terkini, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam turut menceritakan situasi yang berlaku bersama pengikutnya menerusi entri di Instagram.

“Help! Siapa yg biasa ada food allergy reaction please share with me you guys punya experience.

“Actually Ramona dah perasan 2 hari lepas mcm dah ada bintik bintat (more like kena gigit nyamuk). Ada 2-3 biji je & tak gatal sgt so i ignored it.

“Pastu smlm it got worse, dari bentuk gigit nyamuk and then it became like a world map (ada satu yg kecik punya on my neck in the photo).

“Smlm the whole night susah gila nak tido sbb rasa gatal, and i tried my very best utk tak garu! And today i woke up dgn mata senget sebelah, my lips went all full thick that made me look like my lip job went wrong.

“Peta dunia penuh satu badan, imagine kene gigit nyamuk but big patches everywhere on my body. Tapi kat muka dia jadi bengkak mcm dlm gambar ni, like kena tumbuk,” dedahnya.

IKLAN

Dia pada masa turut meminta ramai yang pernah berdepan situasi sama untuk berkongsi pengalaman.

“Everywhere is so itchy it makes me so angry sbb tak tahan GATAL GILA siapa ada experience mcm ni tolg share dgn Ramona what did u eat?

“Korang garu ke tak? Kalau tak tahan korg buat apa? What kind of food that i need to avoid? Kalau bukan food what could it be?

“I remember years ago when i was watching ‘Hitch’ movie and bila sampai scene Will Smith punya muka bengkak sbb he ate walnut, i looked something like that this morning,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, bintang berusia 30 tahun ini pada masa sama telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar kulit.

IKLAN

“My whole life i get to eat what i want, tak pernah ada allergy apa2, can it suddenly happen like now? Anyway Ramona dah pegi skin doctor pagi tadi and i had an injection, ada ubat mkn & lotion utk sapu.

“I’m super new in this so kalau any of you dah biasa go thru this kinda thing please share your experience Stressnyaaaaaaa #DamnItFeelsWeirdToHaveThickLips

#LipsJobNoThanks,” tulisnya.

“Perasan 2 Hari Lepas Macam Dah Ada Bintik, Tapi Semalam Jadi Teruk…,” – Gatal Yang Amat, Ramona Kongsi Foto Terkini Mata & Bibirnya Bengkak!

IKLAN

Lalu, rata-rata peminat mendoakan agar ibu kepada seorang cahaya mata ini kembali sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Malah ada yang turut memberikan pengalaman masing-masing.

“Perasan 2 Hari Lepas Macam Dah Ada Bintik, Tapi Semalam Jadi Teruk…,” – Gatal Yang Amat, Ramona Kongsi Foto Terkini Mata & Bibirnya Bengkak! “Perasan 2 Hari Lepas Macam Dah Ada Bintik, Tapi Semalam Jadi Teruk…,” – Gatal Yang Amat, Ramona Kongsi Foto Terkini Mata & Bibirnya Bengkak! “Perasan 2 Hari Lepas Macam Dah Ada Bintik, Tapi Semalam Jadi Teruk…,” – Gatal Yang Amat, Ramona Kongsi Foto Terkini Mata & Bibirnya Bengkak! “Perasan 2 Hari Lepas Macam Dah Ada Bintik, Tapi Semalam Jadi Teruk…,” – Gatal Yang Amat, Ramona Kongsi Foto Terkini Mata & Bibirnya Bengkak!

Foto: Instagram Ramona Zam Zam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI