Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25, telah pun selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon, Elisya Sandha, 21, petang Ahad.
Majlis yang disambut secara sederhana dengan kehadiran kira-kira 15 tetamu itu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga aktres terkenal, Fasha Sandha.
Memetik Berita Harian, Sheila mengakui rasa gembiradengan ikatan pertunangan melibatkan pasangan sama cantik sama padan itu.
“Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.
“Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.
“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,” katanya.
Sheila turut menjelaskan, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.
“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.
“Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” katanya lagi.
Berkongsi pilihan hati anaknya itu, Sheila meyakini bintang drama Misteri Mona itu mampu membahagiakan anak pertamanya itu.
“Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.
“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” katanya.
Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.
Hari bahagia Haq dan Elisya turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial masing-masing.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelawak, pelakon dan hos, Danial Zaini, 29, yang kini sah bergelar suami kepada suri hati pilihan, Yasmine Umira Yahya, pada Sabtu.
Dengan sekali lafaz, Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini yang juga penyampai radio Era FM diijabkabulkan bersama Yasmine, 29, dalam majlis yang diadakan di Timorra Avanue, Kuantan, kira-kira pukul 10.00 pagi.
Tampil menawan menerusi busana akad nikah sentuhan Amzar Atelier dan bersongket mewah daripada Man Kajang, pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan disaksikan hampir 100 tetamu yang hadir termasuk ahli keluarga,rakan artis dan rakan-rakan terdekat.
Yasmine menerima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran berjumlah RM 17 777.77, seutas rantai emas dan sebentuk cincin serta menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pihak pengantin lelaki.
Lebih istimewa, lagu terbaru Danial, Hati yang ditulis khas Danial sendiri turut dilancarkan pada majlis raja sehari.
“Sejujurnya ini adalah pengalaman yang indah dan yang sangat dinantikan, banyak rakan rakan artis saya terkejut dan tak menyangka saya sudah bergelar suami hari ini.
“Pelbagai dugaan telah kami hadapi ketika tempoh pertunangan, tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapi dugaan yang mendatang.
“Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah,” katanya, memetik Gempak.
Momen indah itu turut dikongsikan Danial menerusi beberapa hantaran di Instagram.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2021, namun memutuskan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, Nabil Mahir mengakui dirinya rasa sebak setiap kali menonton video kejutan kehamilan yang dilakukan isterinya itu.
Menurut Nabil, perasan tersebut pasti akan datang apabila mengenangkan momen indah tersebut, apatah lagi tidak menyangka bakal bergelar bapa selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga.
“Meski saya sudah tonton video tersebut beberapa kali, tapi ia masih membuatkan mata saya berair. Setiap kali tengok, ia mengingatkan saya detik pertama kali saya dapat berita gembira itu,” katanya kepada MH.
Ayda pula menjelaskan, video kejutan yang turut dikongsikan di laman Instagram masing-masing itu merupakan respon spontan dari bekas hos HLive! itu.
“Nabil memang tidak jangka apa-apa sebenarnya. Ketika itu kami berada di pejabat dan saya secara senyap-senyap minta pengurus peribadi untuk belikan kit ujian kehamilan.
“Saya pesan belilah dua sebab saya tak pernah guna benda tu. Saya beritahu dia, saya saja nak cuba.
“Bila perkata kali cuba, kit tersebut macam rosak. Bila kali kedua, ia berhasil. Ketika itu kandungan baru mencecah 2 minggu. Saya sendiri tidak percaya, betul ke?
“Jadi, saya terfikir untuk buat kejutan pada Nabil. Saya minta kotak susu dikosongkan dan bubuh kit ujian kehamilan. Saya panggil dia kononnya untuk promosikan Kisu. Apa yang anda lihat adalah reaksi spontan Nabil, bukan dibuat-buat,” katanya.
Pasangan selebriti ini mengumumkan usia kandungan mereka sudah pun memasuki bulan keempat pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat & Nabil Mahir di Hotel Majestic, Kuala Lumpur minggu lalu.
Scha Alyahya meluahkan rasa gembira melihat reaksi barisan artis wanita Hollywood yang saling menyokong antara satu sama lain di acara kemuncak Anugerah Golden Globe 2024 lalu.
Pelakon dan model itu berkongsi perkara itu menerusi hantaran terkininya di Insta Stories Instagram, pada Selasa.
Tambah Scha, sekiranya saling menyokong barulah sama-sama rasa lebih terbuka dan selesa untuk ekspresi apa sahaja.
“Best tengok how they support each other. So empowering. You see, by coming together we can create strong and supportive community among us.
“Barulah we feel safe to express ourselves. To seek advise kalau ada masalah. And ada empathy towards each other.
“Bukannya tearing each other down. And sangat judging dengan each other,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini merasa sudah tiba masanya untuk para wanita saling membina satu hubungan baik demi kebaikan bersama.
“Then kita marah when lelaki make fun dan ‘gula-gulakan us’. Padahal kita sendiri tak unite.
“Im not saying that all women hate each other. Just that rata-rata macam tu ye? Maybe kita perlu start to build stronger and more uplifting relationships with one another.
“There is power in the pack,” luahnya lagi.
Terdahulu, video pendek yang merakamkan reaksi barisan finalis kategori Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Golden Globe tahun ini yang tumpang gembira atas kemenangan Emma Stone menjadi tular di media sosial.
Emma Stone merangkul trofi itu menerusi lakonannya hebatnya di dalam filem Poor Things arahan Yorgos Lanthimos.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM).Pelantikan beliau...