Semalam, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik entri terbaru bertanyakan pendapat orang ramai sama ada mahu memilih penyanyi, Zizi Kirana ataupun sahabatnya, Sajat sebagai pasangan duet untuk lagu rayanya.

View this post on Instagram

sila buat undian di ruangan komen di bawah.. sy akan ikut kata undian sbb saya nak like bila sy posting di youtube saya nanti di tvterlajaklaris . . . . ini baru uji bakat yaa..korang rasa.. Di antara 2 calon wanita terbaik yang mempunyai lontaran suara yg hebat dan aura yang berbeza pasti menggegarkan suasana raya anda lagu "jom raya".. mereka bukan calang-calang penyanyi terkemuka di Malaysia .. .. Siapakah anda rasa yang patut saya pilih utk berduet bersama saya? @zizi_kirana atau @nursajadiah ?? undian vote paling tinggi akan saya pilih utk muncul di music video klip yg akan dilancarkan 3-4 hari lagi sebagai lagu rasmi.. undian adalah muktamat.. komen di bawah siapakah pilihan di hati anda..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Bagaimanapun, Zizi menjelaskan bahawa dirinya berasa keliru dengan situasi tersebut kerana dia tidak diberitahu bahawa dia harus menjalani uji bakat terlebih dahulu bersama Sajat.

“Yang duet dengan Aliff Syukri tu pun saya pening sebenarnya sebab dia panggil saya untuk record.

“Kemudian saya pun setuju jelah tapi tiba-tiba ada Sajat pula. Jadi, saya tak tahulah sebab nanti dia yang akan pilih. So, saya pergi jelah sebab dia dah panggil.

IKLAN

“Tak tahulah kalau orang dah pilih Sajat apalah daya diri ini,” jelasnya kepada MH.

Zizi berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Star Vendors Mega Raya Fest 2019, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak itu lagi, segalanya bermula selepas DS Aliff menyenarai pendek beberapa orang artis wanita untuk duet bersamanya.

IKLAN

“Kemudian dia hubungi pengurus saya dan minta untuk datang ke studio untuk rap lagu terbarunya itu.

“Tiba-tiba Sajat juga datang untuk menyanyikan bahagian rap itu juga. So, anda tunggu jelah sebab dalam dua tiga hari lagi lagu tu nak keluar dah.

IKLAN

“Saya pun tak pasti mana satu yang keluar sama ada saya ataupun Sajat,” katanya lagi.

Terhadulu, majlis pelancaran Star Vendors Mega Raya Fest 2019 telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Star Vendors Mega Raya Fest 2019 akan beroperasi selama 72 jam tanpa henti di PWTC yang menmgumpul peniaga-peniaga termasuklah dikalangan para selebriti.

Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI