Pelakon yang juga salah seorang pengacara CJ WOW Shop, Mimies Haris sebentar tadi memaklumkan berita sedih apabila neneknya yang dikenali sebagai Che Wan telah pun menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Berita tersebut disampaikan Mimie buat para pengikutnya di laman Instagram.
“Innalillahiwainnallillahirojiun. AL FATIHAH. Kepada dia kita datang kepada dia kita kembali. Duka cita dimaklumkan bahawa nenek saya che wan sudah pergi mengadap ilahi pada hari ini . Di minta rakan2 saya sedekahkan Al fatihah kepada nenek saya.
Ads
“#allahumimie akan slalu sentiasa ingat pesan tok kat mimie . Im gonna miss u. I love u tok,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata sedekahkan Al-Fatihah dan merakamkan ucapan takziah buat Mimie seisi keluarga. Turut menyampaikan dedikasi sama ialah rakan selebriti lainnya.
Darah memenuhi telapak tangan, Nonny Nadirah nyata hilang punca apabila secara tiba-tiba darah keluar daripada mulutnya. Tulisnya, dia tidak mengalami batuk dan semuanya berlaku secara tiba-tiba.
“I don’t know whats wrong with me. Kenapa banyak darah ni Ya Allah. Kenapa ni, Ya Allah.”
“Korang pernah kena mcm nie ke? Tgh duduk diam2 dan tiba2 darah dari mulut keluar byk… xde batuk xde apa.. ke sebab panas ke apa.. xtauu.”
Pelakon, Mas Khan meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu bertindak kejam terhadap haiwan.
Kongsi Mas, dia bersimpati dengan nasib kucing betina itu yang sudah patah tulang kaki akibat dilanggar lari individu terbabit.
“KEJAM !!!!!!!!Aku sedih dengan manusia yang takda hati perut.. kau dah langgar kucing dan kau SEDAR tapi kau buat bodoh and lari???
“Mana hati kau weh? Takda rasa kesian lgsg ke dekat binatang? Aku faham kalau kau tak perasan tapi kau stop siap turun tingkap tengok pastu bila kau nampak aku turun moto asal kau tekan minyak lari????
“Aku betul2 kecewa dengan sikap manusia macam kau ni.. anyway, im so sorry i’ve done my part 🙏🏻 RIP baby girl ,” tulis Mas emosi.
Tular di media sosial apabila penggunaan aplikasi Snapchat mendapat perhatian ramai, termasuk para selebriti.
Malah, aplikasi tersebut mampu ‘mengubah’ wajah seorang lelaki kepada wanita, begitu juga sebaliknya.
Dalam pada itu, pelakon Fikry Ibrahim juga tidak ketinggalan untuk berbuat demikian.
“Ramai tanya kak fifi prefer baby or sayang but kak fi prefer dipanggil baby. Ceriakan pagi anda bersama baby fifi because baby fi want you,” tulisnya.
Hasil daripada aplikasi tersebut, rata-rata netizen telah memberikan komen nakal kepada pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu seiras Farah Nabilah.
Terdahulu, aplikasi ini telah menghiburkan ramai orang apabila para selebriti terjebak dengan filter ini antaranya Janna Nick, Shiha Zikir, Elizabeth Tan, Ayda Jebat dan ramai lagi.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkesempatan menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya sebaik tiba di tanah air, semalam.