Peminat Berasak Sampai Ada Terjatuh, Sanggup Bersengkang Mata Tunggu Lee Min-ho Sampai KLIA

Pelakon terkenal dari Korea Selatan, Lee Min-ho diserbu ratusan peminat fanatik sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tengah malam Jumaat.

Menerusi video yang dikongsikan peminatnya di laman Twitter, mereka sanggup berasak dan bersengkang mata untuk menemui pelakon kacak itu dari jarak dekat.

Min-ho, 35, yang kelihatan tenang diawasi petugas keselamatan sempat melambai dan menghulurkan senyuman terhadap peminat yang setia menunggu kedatangannya.

Peminat Berasak Sampai Ada Terjatuh, Sanggup Bersengkang Mata Tunggu Lee Min-ho Sampai KLIA

Peminat Berasak Sampai Ada Terjatuh, Sanggup Bersengkang Mata Tunggu Lee Min-ho Sampai KLIA

IKLAN

Menerusi sebuah video yang tular, peminatnya terjatuh gara-gara berasak dan menolak antara satu lain sambil menjerit memanggil namanya.

Pelakon siri The Heirs itu hadir ke Malaysia demi menghiburkan peminatnya di Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang berlangsung malam ini.

Peminat Berasak Sampai Ada Terjatuh, Sanggup Bersengkang Mata Tunggu Lee Min-ho Sampai KLIA

Selain Min-ho, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga duta kepada barangan perkakas rumah Cuckoo turut diundang sebagai penyeri utama dalam konsert berkenaan.

IKLAN

Selain dua bintang terkenal itu, konsert ini turut mengundang penyanyi popular tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Hael Husaini, kumpulan Dolla, Aina Abdul, Khai Bahar dan band Floor88.

Insiden peminat berasak-asak demi bintang Kpop bukanlah satu fenomena luar biasa, sebaliknya minggu lalu, perkara sama berlaku terhadap ahli kumpulan GoT7 yang diserbu peminat di KLIA sempena kedatangannya ke sini bagi memeriahkan persembahan Good Vibes Weekender yang berlangsung pada pada 24 September lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.