Penerbit yang juga rakan baik Zul Ariffin, Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan tindakan mengaku bersalah oleh  aktor berkenaan ketika didakwa memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial sebagai matang dan bertanggungjawab.

Menurut Gayatri, keberadaannya menemani Zul di Kompleks Mahkamah Sesyen Sepang, pagi tadi juga adalah bagi memberi sokongan kepada aktor tersebut.

“Saya datang untuk memberi sokongan kepada Zul. Sepanjang bekerjasama dengan Zul untuk beberapa projek filem dia memberi kerjasama yang baik.

“Malah dia juga sangat ‘supportive’ dalam membantu mempromosikan setiap karya yang dibintangi.

“Bagi saya, keputusan yang dibuat Zul hari ini adalah matang dan bertanggungjawab. Saya memuji tindakannya itu,” katanya.

IKLAN

Ditanya sama ada Zul ada berkongsi masalah dan tekanan yang dihadapi susulan kes yang sebelum ini mencetuskan tular, Gayatri menjelaskan soalan itu harus ditanyakan kepada empunya badan.

“Pandangan saya setiap individu yang berdepan masalah pasti akan mengalami tekanan,” katanya.

Terdahulu, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.

IKLAN

Zul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pada 18 Mac, Zul memuat naik babak ghairah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram.

IKLAN

Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini dibintangi Mimi Lana, Eman Manan, Amar Asyraf, Amir Ahnaf, Erysha Emirates dan Iqbal Zulkefli.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI