Tidak pernah mengalah, akhirnya, impian penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana menjadi kenyataan apabila dapat merakamkan lagu ciptaan komposer ternama, Datuk M Nasir menerusi single berjudul Menyantun Kasih.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, penantian hampir lima tahun nyata berbaloi kerana perkara ini merupakan impiannya sejak kembali bergiat aktif sebagai penyanyi.

Rupanya Tak Mudah Siti Nordiana Nak Puaskan Hati M Nasir; “Awak Penyanyi ‘Lagu Leman’, Boleh Ke Nyanyi Lagu Saya?”

“Saya sebenarnya dah lama minta lagu dengan beliau. Sejak daripada tahun 2017. Dah berapa banyak kali saya keluar makan dan berbincang dengan Datuk M. Nasir. Barulah tahun ini beliau bersetuju.

“Mungkin Datuk M.Nasir juga nampak usaha saya yang tak pernah jemu mencuba mendapatkan lagu daripada beliau. Banyak kali juga saya turun naik pejabat Luncai Emas tu.

“Saya juga sebelum ini pernah berkerjasama dengan Luncai Emas. Mereka yang bertanggungjawab menjaga hak cipta bagi lagu Terus Mencintaimu,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Nana turut mendedahkan proses merakamkan lagu ini sememangnya agak mencabar lebih-lebih lagi untuk memuaskan hati komposer yang turut sinonim dengan gelaran sifu itu.

Rupanya Tak Mudah Siti Nordiana Nak Puaskan Hati M Nasir; “Awak Penyanyi ‘Lagu Leman’, Boleh Ke Nyanyi Lagu Saya?”

IKLAN

“Jujur saya katakan. Bukan mudah untuk merakamkan lagu bersama Datuk M. Nasir. Dia siap tanya ‘Awak boleh ke menyanyi lagu saya? Awak kan penyanyi ‘lagu Leman’?’.

“Saya terus yakinkan yang saya boleh menyanyikan lagu beliau. Saya sedia nak ubah cara nyanyian saya demi Datuk M. Nasir. Nak puaskan hati beliau juga susah.

“Proses rakaman juga ambil masa selama empat bulan. Datuk M. Nasir merupakan seorang yang sangat teliti. Beliau banyak tegur mengenai vokal saya supaya dapat selari dengan susuhan penuh lagu,” kongsinya lagi.

Nana berkata sedemikian ketika ditemui pada perjumpaan santai bersama pihak media bersempena pelancaran lagu Menyantun Kasih baru-baru ini.

Artikel Berkaitan;

IKLAN

“Saya Jalankan Hidup Macam Biasa Walaupun…,” – Siti Nordiana

“Anggap Itu Usikan, Gurauan Manja Saja,” – Susulan Duet Dengan Shuib Viral, Ini Ulas Siti Nordiana

“Untuk Saya Sendiri Lillahi Ta’ala Saya Dah Memaafkan,” – Secara Peribadi, Ini Ulas Syura Isu Kontroversi Bersama Siti Nordiana

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga memaklumkan dia terpaksa memperlahan kejaya seninya buat sementara waktu bagi memberikan sepenuh tumpuan sewaktu merakamkan lagu ini.

IKLAN

“Disebabkan proses merakamkan lagu ini sangat-sangat mencabar, saya putuskan untuk mengurangkan jemputan nyanyian sama ada di luar atau televisyen.

“Saya betul-betul nak fokus ketika membawakan lagu ini. Malah, saya juga ada membuat sedikit research untuk menyanyikan lagu ini dengan lebih kreatif.

“Ini kali pertama saya menyanyikan lagu Datuk M. Nasir. Bila beliau sendiri yang sudi, saya ingin buat yang terbaik. Saya cabar diri untuk menyanyikan lagu daripada komposer lagenda,” ujarnya lagi.

Rupanya Tak Mudah Siti Nordiana Nak Puaskan Hati M Nasir; “Awak Penyanyi ‘Lagu Leman’, Boleh Ke Nyanyi Lagu Saya?” Rupanya Tak Mudah Siti Nordiana Nak Puaskan Hati M Nasir; “Awak Penyanyi ‘Lagu Leman’, Boleh Ke Nyanyi Lagu Saya?”

Sekadar informasi, lagu Menyantun Kasih kini sudah tersedia disuluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Luncai Emas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Siti Nordiana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI