Perkahwinan kali kedua pengasas produk kecantikan Arviena Beauty, Arviena Faira Nadisha, 35, berakhir dengan kegagalan apabila dia dan bekas suami, Muhammad Luqman Al-Hakim telah disahkan bercerai pada 18 Oktober lalu.

Menurut Arviena yang juga model dan pempengaruh media sosial ketika dihubungi MH berkata, perkahwinan yang dibina hampir dua tahun itu tidak dapat diselamatkan lagi selain menganggap sudah tertulis jodoh mereka sampai di situ sahaja.

“Saya buat tuntutan cerai pada Mei lalu dan Alhamdulillah semua sudah selesai sekarang.

“Walaupun pada permulaannya dia (bekas suami) tak mahu melepaskan saya, tapi saya fight juga sampailah kami sah bercerai pada 18 Oktober lalu.

“Saya buat tuntutan cerai sebab alasan tersendiri dan sebolehnya saya mahu melupakan apa yang telah terjadi, doakan yang baik-baik,” katanya optimis, tidak mahu memandang ke belakang.

Biarpun sudah dua kali melalui kegagalan rumah tangga, namun perkara itu tidak membuatkan Arviena serik untuk berkahwin lagi.

IKLAN

“Saya tidak serik untuk berkahwin lagi sekiranya jodoh sampai, tapi buat masa sekarang saya mahu fokus pada bisnes serta kerjaya saya sebagai usahawan, model dan pengacara majlis.

“Macam dengan bekas suami, saya hanya kenal enam bulan kemudian terus kahwin. Ini pengajaran yang saya dapat (agar ambil masa untuk kenal dengan pasangan sebelum berkahwin),” katanya lagi.

Tidak menafikan disebabkan dia sudah dua kali memegang status janda, netizen banyak memberikan tanggapan buruk terhadapnya malah meninggalkan komen negatif seolah-olah dia punca kepada perpisahan tersebut.

IKLAN

“Memang saya dapat banyak komen-komen negatif media sosial, ramai menyalahkan saya. Iyalah sebab saya sudah dua kali berkahwin.

“Tapi saya memang tidak layan pun komen-komen sebegitu sebab bukan mereka yang lalui apa yang saya lalui, mereka tak tahu cerita sebenar.

“Jadi, memang saya abaikan sahaja sebab saya berpegang pada prinsip, ‘bukan mereka yang bagi duit, makan kepada saya’. Netizen boleh berkata apa sahaja,” ujarnya lagi.

IKLAN

Sekadar info Arviena Beauty mengeluarkan kecantikan seperti Arviena Breast Soap dan Hwaiteu Vit Skin.

Malah perkembangan dirinya juga banyak dikongsikan Arviena menerusi TikTok.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI