Pelakon, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon, Datin Almy Nadia telah selamat menjalani pembedahan membuang cyt pada Sabtu.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Fizz menerusi entri terkini di laman Instagram.

Katanya lagi, Almy masih lagi memerlukan rehat kerana keadaannya dilaporkan masih lemah.

Pembedahan Buang Ketulan, Fizz Fairuz Maklum Keadaan Terkini Almy Nadia; “Dah Okay Tapi Belum Kuat.”

“Dah okay. Settle operation buang cyst semalam. Harini dah okay tapi belom kuat,” tulisnya.

Tambah bapa kepada empat orang cahaya mata itu lagi, sekiranya keadaan isterinya itu sudah beransur sembuh, berkemungkinan dia dibenarkan keluar pada Isnin.

IKLAN

“Insyallah, esok boleh keluar kot. Harapnyalah. @almynadiaofficial rehat jelah okay. Anak-anak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah dan antar anak sekolah saya buat haha. Don’t worry

Menerusi entri yang sama, Fizz turut meminta isterinya itu untuk tidak terlalu memikirkan mengenai urusan anak-anak dan rumah.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Almy dapat kembali pulih dengan segera.

IKLAN

“Alhamdulillah, strong mommy and daddy,” komen pelakon, Yana Samsudin.

“Alhamdulillah, terima kasih Fizz jadi suami dan ayah mitahli buat Almy,” kata pelakon, Zarina Zainuddin.

“Rehat betul-betul, semoga dipermudahkan,” balas pelakon, Balkisyh Semundur Khan.

“Semoga cepat sembuh. Alhamdulillah dapat suami soleh. Semoga keluarga bahagia dunia akhirat,” komen seorang netizen.

IKLAN

Terdahulu, semalam, Fizz meminta doa ramai mendoakan agar isternya itu selamat menjalani pembedahan.

Malah, Fizz juga turut berkongsi sebuah video yang memaparkan dia sedang berada disamping isterinya saat menuju ke bilik bedah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizz Fairuz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI