Pelakon dan ushawan, Rebecca Nur Al Islam Ahmad hari ini bersyukur dan gembira kerana telah pun selesai majlis tazkirah dan sesi mengislamkan salah seorang pembantu rumah ibunya yang dikenali sebagai Merry.
Becca memuat naik beberapa keping foto dan video sekitar majlis.
“Alhamdulillah Seperti biasa InsyaAllah Setiap pagi Jumaat pasti Umah Mummy becca Ramai Orang Sempena #tazkirahumahbecca.
“Tapi Jumaat Pagi Ni #01022019 Special Sikit, Di sebabkan After Tazkirah Mummy becca Buat Majlis utk Maid/Helper Mummy becca MERRY akan DI ISLAM kan Hari Ni.
IKLAN
“Ya Allah Ya Rab,Syukur ke Atas Mu ,Kami Semua Mendapat Saudara Islam Baru Pada Pagi Jumaat Yg Penuh Barokah ini,” tulisnya menerusi salah satu posting.
Beberapa jam lalu, chef selebriti Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi keratan video perjalanannya menuju ke sebuah lokasi peranginan di awal pagi.
Maklumnya menerusi Instagram, dia memandu berseorangan ke sana kerana isteri dan anak-anak ada melakukan sesi perkhemahan dan dia telah berjanji untuk bermalam bersama pada sesi tersebut.
Bagaimanapun, Fazley turut menjelaskan dia terpaksa memandu pada awal pagi kerana awalnya terpaksa memenuhi tuntutan kerja.
“Ramai yang tanya saya, lewat malam semalam saya drive sorang2 masuk hutan saya pergi mana? Begini ceritanya
“Anak2 saya ada camping dengan mama dia, saya memang dah berjanji akan teman diorang tidur dalam hutan walau apa pun berlaku.
“Cumanya saya sibuk seharian, jadi dah lewat malam baru saya drive sorang2 masuk hutan. Seram sejuk jugak hahahaha,” kongsi Fazley.
Malah, Fazley turut bercerita mengenai situasi ‘seram sejuk’ sepanjang perjalanan.
“Sebab tak saya tak tahu akan jadi segelap itu. Dengan takde lampu jalan, jalannya kecik dan sebiji kereta atau seorang manusia pun takde.
“Bila dah sampai tepi campsite, kena park kereta dan jalan masuk ke dalam hutan dalam 30 minit.
“Lepas tu di waktu pagi pun saya kena bangun awal, 5 pagi dah bergerak keluar hutan untuk balik semula ke KL sebab dah ada kerja awal pagi. Semuanya demi untuk bersama anak2 dan isteri saya.
“Hutan setebal mana pun sanggup di redah asalkan dapat bersama mereka dalam 3 jam di waktu malam,” jelasnya panjang lebar.
Pelakon, Sofi Jikan dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membuat keputusan itu terhadap pelakon filem KL Gangster itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di dalam kandang saksi.
“Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.
“Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan,” katanya seperti yang dipetik.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selain diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan pelakon yang popular dengan tagline ‘kasi sengat’ menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.
Sepanjang perbicaraan itu, seramai lima saksi pendakwaan dan hanya seorang saksi pembelaan iaitu Sofi sendiri memberikan keterangan.
Terdahulu, pada 13 Februari 2018, Sofi,49, didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam, 6 Februari tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 13 Mei lalu, Sofi diperintah membela diri selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu.
Sumber : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wanita yang mendakwa dirinya 'kekasih gelap' kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, iaitu Sarah Yasmine terus membuat pendedahan di Instagram Stories yang memaparkan perbualan...