Pelakon Anna Jobling kini sukses mencipta nama di Indonesia selepas terlibat menerusi filem sulung arahan Baim Wong, Lembayung yang bakal ditayangkan secara rasmi di Indonesia bermula semalam.
Kejayaan tersebut bukan sahaja memperkukuhkan namanya di negara Seberang, malah turut membuka lebih banyak peluang mengembangkan bakat.
Jelas Anna, selepas pembabitannya dalam Lembayung, dia menerima tiga tawaran filem baharu daripada produksi Indonesia.
“Saya sangat terharu dan bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh industri perfileman Indonesia.
“Selepas filem Lembayung, saya tidak menyangka akan menerima tawaran filem daripada tiga produksi berbeza di sini. Ini adalah peluang besar untuk saya kembangkan bakat dan karier di Indonesia,” katanya.
Pelakon yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus ini turut berterima kasih kepada Baim Wong kerana membuka jalan untuknya di Indonesia.
Menurut Anna, tanpa sokongan dan bimbingan Baim, peluang seperti ini mungkin sukar untuk dicapai.
“Baim bukan sahaja seorang pengarah yang berbakat, tetapi juga seorang mentor yang banyak membantu saya.
“Saya berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam projek yang besar seperti ini. Dia benar-benar membuka pintu rezeki untuk saya di Indonesia,” tambahnya lagi.
Menyentuh mengenai pengalamannya pada tayangan perdana filem Lembayung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, Anna melahirkan rasa teruja apabila dikerumuni para peminat Indonesia yang menyambut kehadirannya.
“Saya tidak pernah membayangkan sambutan hangat seperti ini. Pemain industri di sini sangat profesional dan peminat pula sangat penyayang. Mereka sangat menghargai saya, dan saya rasa sangat gembira dan bersyukur,” katanya.
Lebih mengujakan, pada majlis tayangan perdana itu, peminat-peminat yang hadir turut meraikan ulang tahun Anna yang ke-24.
“Saya sangat terharu apabila peminat-peminat di sini bukan sahaja menyokong kerjaya saya tetapi juga meluangkan masa untuk meraikan hari lahir saya. Ia adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan,” katanya lagi.
Selain sambutan daripada peminat, Anna juga berpeluang bertemu dengan beberapa nama besar dalam industri perfileman Indonesia. Christine Hakim, Prilly Latuconsina, Giorgino Abraham dan ramai lagi bintang terkenal turut hadir pada majlis tayangan tersebut.
“Saya berharap dapat memberikan lebih banyak karya yang bermutu, bukan sahaja kepada peminat di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
“Ini adalah fasa baru dalam karier saya dan saya akan terus bekerja keras untuk mencapai kejayaan yang lebih besar,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon, Nur Risteena Munim mendedahkan dirinya ada ditanya mengenai bagaimana detik awal pertemuan dengan tunang tersayang, Isa Khan dan siapa terlebih dulu yang memulakan detik cinta di antara mereka.
Menerusi Instagram, bintang cantik yang juga kakak kepada pelakon, Ruhainies itu turut membayangkan dia bakal berkongsikan semuanya suatu hari nanti.
“Ramai yang tanya saya, macam mana pertemuan saya dan Isa Khan. Siapa mengorat siapa. Macam mana hubungan tu bermula. Insyaallah one day saya akan share betul-betul dengan semua.
“Tapi harini saya nak share sikit satu kenangan indah dimana hubungan ini baru nak bermula. Satu kenangan yang akan sentiasa diingati. Sehingga sekarang Isa Khan masih orang yang sama saya kenal dulu. Semoga terus kekal orang yang sama.
“Hargai FAMILY dan orang-orang yang rapat dengan kita seperti hari ini hari terakhir kita dapat melihat mereka. Kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi selamanya.
“Tunjukkan kasih sayang korang pada orang yang korang sayang. Spread love. Show love before it’s too late. Saya juga mendoakan kalian mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Amin,” tulisnya jujur lalu disambut dengan pelbagai reaksi di kalangan para peminatnya.
Malah menerusi entri sama, pelakon filem Blok 404 itu juga mendedahkan perbualan bersama Isa yang cukup romantis sambil dilatari lagu cinta.
Umum mengetahui, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas kini bahagia kerana sedang diulit cinta dari lelaki yang dikenali sebagai Mr. E Johan.
Malah sejak tahun lalu, pelakon Jejak Karmila ini kerap berkongsi momen bersama kekasihnya di laman media sosial miliknya.
Baru-baru ini, aktres berusia 27 tahun itu ada berkongsi momen ketika dia dan kekasihnya menikmati Nasi Kandar di dalam kereta.
“Im hungry but taknak makan kat kedai sebab i selekeh. Last2 dia order nasik kandaq bawak pinggan masuk kereta and suap i makan hahahahaha omg he can be so funny sometimes. How can i not love this guy..,” tulisnya.
Im hungry but taknak makan kat kedai sebab i selekeh. Last2 dia order nasik kandaq bawak pinggan masuk kereta and suap i makan hahahahaha 😂😂🤣 omg he can be so funny sometimes. How can i not love this guy.. 💜💜💜 pic.twitter.com/LQ8bVSqKkW
Bagaimanapun, perkongsian bintang kelahiran Pulau Pinang ini mendapat kritikan daripada netizen.
Lalu, adik kepada pelakon Nur Risteena Munim ini dilihat ada membalas kritikan yang diterima.
“Ramainya bitter. Sakit hati sangat ke tu 1. Bersihkan hati anda & chill. 2. Lelaki yg bitter hampa layan gf/wife hampa mcm mna? Curiousnya. 3. Pmpn yg bitter tu,asalkan i xmkn dgn bf you. Lol 4. I xmkn in YOUR car. Lol 5. Tak prnh buat crazy things dgn ur partner ke,” balas Ruhainies.
Ramainya bitter. Sakit hati sangat ke tu 🥴 1. Bersihkan hati anda & chill. 2. Lelaki yg bitter hampa layan gf/wife hampa mcm mna? Curiousnya. 3. Pmpn yg bitter tu,asalkan i xmkn dgn bf you. Lol 4. I xmkn in YOUR car. Lol 5. Tak prnh buat crazy things dgn ur partner ke 🥴
Selena Gomez akhirnya menoktahkan teka teki ramai tentang hubungan cintanya dengan Benny Blanco apabila memuat naik gambar mesra mereka bersama di akaun Instagramnya.
Selena sebelum ini mencipta fenomena apabila kisah cintanya bersama Justin Bieber kekal disebut sehingga kini biarpun masing-masing sudah mebawa haluan berbeza.
Jadi siapakah gerangan Benny Blanco yang berjaya mencuri hati pelakon dan penyanyi terkenal ini? Jom kita lihat 10 fakta mengenainya:-
Dilahirkan pada 8 March 1988, kini dia berusia 36 tahun.
Berdarah Yahudi, Benny merupakan penduduk asal Nothern Virginia, Amerika Syarikat.
Benny Blanco merupakan seorang penerbit muzik, DJ, penulis lirik dan juga eksekutif rakaman.
Menunjukkan minat terhadap muzik sejak kecil lagi. Benny terpilih sebagai perantis untuk DJ terkenal Disco D ketika zaman remajanya dan dibawa untuk bertemu dengan syarikat rakaman.
Dia pernah memenangi Anugerah Penulis Lagu Terbaik BMI sebanyak lima kali dan memenangi Anugerah Penerbit Terbaik iHeartRadio pada tahun 2017.
Pada tahun 2008, Benny terlibat dalam penghasilan lagu Circus yang dinyanyikan oleh Britney Spears. Mencipta fenomena, lagu tersebut dijual sebanyak 5.4 juta dalam bentuk salinan digital.
Benny pernah bekerja sama dengan bekas kekasih Selena, Justin Bieber bagi menerbitkan lagu Lonely. Lagu tersebut mencapai kedudukan pertama dalam carta muzik Canadian Hot 100.
Sebelum bercinta dengan Selena Gomez pada 2023, mereka adalah rakan sekerja. Dia menyumbang idea pada beberapa lagu hit Selena, seperti Single Soon, Kill ‘Em with Kindness dan Same Old Love.
Menurut the Songwriters Hall of Fame, Benny adalah pensyarah jemputan di Jabatan Muzik Rakaman Clive Davis Universiti New York pada 2012 dan 2013.
Pada 2014, Benny mengasaskan dua label muzik di bawah Interscope, Mad Love Records dan Friends Keep Secrets.
Semoga kasih sayang Benny memberi titik noktah kepada kisah cinta Selena dan berakhir di jenjang pelamin!
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM).Pelantikan beliau...