Pelakon dan pelawak, Atu Zero akui merindukan sosok seperti Allahyarham Pak Yus yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan komuniti pelawak-pelawak di negara ini.
Menurut Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif, selepas pemergian arwah Pak Yus, kebanyakkan pelawak-pelawak ini harus bergerak secara bersendirian.
IMG 0199
“Dahulu, komuniti kita kuat ketika arwah Pak Yus masih ada. Circle pelawak ini dijaga. Kini tidak lagi. Tengok sahaja pelawak di Indonesia, mereka banyak program lawak kerana komuniti mereka kuat.
“Bila arwah tiada, kami seperti bertebaran. Peranan Pak Yus ini, jika dia tak boleh buat satu tawaran kerja, dia akan pass kepada pelawak lain.
“Dia tidak pernah tinggal kawan. Arwah juga pernah tolong saya. Tiada lagi individu seperti itu dalam kalangan pelawak sekarang. Mungkin ada seorang dua tapi tidak terlalu menonjol.
“Kita kena fikirkan kawan-kawan juga. Kalau pelawak bujang, mereka boleh hidup di mana-mana sahaja. Kini saya risaukan mereka yang sudah berkahwin,” katanya kepada MH.
Ads
Anggota kumpulan Zero itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengenalan barisan pelakon filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa.
Sementara itu, Atu memaklumkan dia berkemungkinan akan berehat dahulu daripada menyertai program pertandingan lawak bagi memberikan peluang kepada rakan-rakan pelawak yang lain.
IMG 0196
“Setiap kali nak buat program pertandingan, baru nak panggil pelawak-pelawak ini. Bila program-progam kecil, ramai lagi pelawak di luar sana tapi tidak diberikan peluang.
“Saya rasa ramai punyai perasaan sama seperti saya. Saya bukanlah berkecil hati kerana saya juga ada banyak program bersama stesen-stesen tv ini.
Ads
“Cuma saya lebih memikirkan nasib rakan-rakan pelawak yang lain. Saya faham, soal rezeki ini ada bahagian masing-masing.
Saya cuma terkilan.
“Bila kita sama-sama dalam industri dan ada satu pihak naik, tak best bila pihak lain dipinggirkan,” ujarnya.
Katanya lagi, dia kini sudah tidak memikirkan lagi soal wang kemenangan sebaliknya mahu mulakan inisiatif melahirkan pelawak-pelawak baharu.
Ads
IMG 0195
“Hadiah kemenangan memang lumayan tapi wang yang keluar juga agak besar. Dahulu, munkin kita seronok dengar jumlah hadiah.
“Kini, saya lebih nak berkarya dan mencari pelapis. Selepas sahaja batch kami di Raja Lawak 6, tiada lagi pelawak yang betul-betul diterima ramai.
“Kena banyakkan program-program lawak selain pertandingan. Mungkin orang melihat pelapis ini benda remeh tapi nanti bila satu zaman tiada lagi pelawak, kita akan terasa kesannya,” akhirinya.
Sekadar informasi, Allahyarham Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 30 November 2015 akibat sesak nafas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tanggal 24 Mei pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah pun selamat menimang anak kedua, Alisha Aisyah.
Sudah memiliki setengah juta pengikut di Instagram, Hanis yang menjaga media sosial anaknya itu gembira kerana pengikutnya tidak pernah jemu mengikuti akaun yang sering dikemas kini.
Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer,40, berkongsi kisah menerusi satu hantaran di laman Instagramnya hari ini. Pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah itu berkongsi bagaimana kesakitannya sekian lama akhirnya telah hilang apabila dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan membuang rahim dan apendiks.
Berita itu dikongsi ibu anak satu ini dalam satu video yang dirakam suaminya, Chris Fischer sebaik sahaja menjalani pembedahan tersebut, menurutnya, “Sekarang adalah pagi selepas pembedahan endometritis saya dan kini rahim saya telah dibuang. Doktor telah menjumpai lebih 30 titik endometritis dan telah membuangnya.”
Bukan setakat itu sahaja, apendiksnya juga turut terkesan dek penyakit itu. Jelas Amy lagi, “Endometritis telah menyerang bahagian apendiks saya dan doktor terpaksa membuang organ tersebut juga. Terlalu banyak darah di dalam rahim dan saya berasa sangat sakit macam ada gas di dalamnya.”
Dalam hantaran tersebut, wanita berusia 40 tahun ini turut berkongsi yang jika seorang wanita mengalami sakit akibat haid yang keterlaluan, mereka berkemungkinan menghidap endometritis.
Rakan-rakan selebriti lain seperti Debra Messing, Vanessa Carlton dan Martha Hunt memberikan kata-kata semangat kepada rakan mereka ini. Debra meninggalkan pesanan, “Ya Tuhanku, 30?! Sangat gembira semuanya sudah hilang dan anda tidak perlu lalui kesakitan itu lagi. Sembuh dengan baik Amy.”
Manakala Vanessa pula berkata, “Saya bersimpati Amy. Nampaknya kehidupan selepas ini akan menjadi lebih kurang sakit tapi tak kurang rasa bergas.” Dan Martha Hunt pula memberi semangat, “Semoga cepat sembuh!!”
Untuk pengetahuan anda Amy berkahwin pada tahun 2018 dengan Chris Fischer dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.
Bapa kepada penyanyi dan pelakon Azza Elite iaitu Zawari Abdul Aziz, 71, meninggal dunia akibat masalah jantung di Hospital Batu Gajah, Perak, kira-kira jam 2 pagi Isnin.
Azza berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya beserta kapsyen, “Kullu nafsin dzaikatul maut… innalillahiwainnailahirojiun buat abah saya Allahyarham Zawari Abdul Aziz . Berbahagialah bertemu Allah, Abah. Noor sayang abah.”
“Abah macam tidur je, penat ya. Bersih wajah abah, abah rehat tau. Abah dalam jagaan Allah sentiasa.
“Di dunia dan akhirat, Allah ada untuk abah. Tutup rapat betul mata abah.
“Noor (Azza) hilang satu doa yang berkat dalam dunia… abah tolong doa dari syurga okay untuk Noor,” tulis Azza.
Rakan artis turut menyampaikan salam takziah buat Azza dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“Salam takziah bebiku. Semoga arwah diampunkan dosanya dan ditempatkan di syurga firdaus,” titip Emelda Rosemila.
“Innalillahiwainnailaihirojiun . Salam Takziah buat kakak sekeluarga. Al Fatihah,” tulis Eira Syazira.
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry mencetuskan kontroversi selepas memfailkan tuntutan balas bernilai kira-kira AS$6 juta (RM27.7 juta) terhadap lelaki berusia 85 tahun, Carl...