Siri jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire membawa misi tersendiri dengan mencari pelapis seni baharu demi memperkasa industri hiburan tempatan.
Menerusi aktiviti KiraOke Suria yang dijalankan pada setiap lokasi jelajah, ia pastinya membuka peluang bukan saja untuk mencari penyanyi malah bakat lain termasuk penyampai dan pempengaruh.
Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, penyertaan yang diterima juga sangat menggalakkan sehingga hari ini termasuk mereka yang sanggup hadir dari jauh.
“Di Pulai Pinang saja kami menerima lebih 30 penyertaan awal sebelum disenarai pendek sehingga lima yang bersaing pada peringkat akhir yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM16,500 bagi tiga pemenang utama setiap lokasi.
“Kami juga terharu kerana ada peserta di Bukit Mertajam ini datang jauh iaitu dari Putrajaya dan Subang, Selangor untuk mencuba nasib.
“Lebih dari itu bakat yang kami cari juga bukan hanya sebagai penyanyi tetapi juga mereka yang ada personaliti dan bakat lain menerusi suara termasuk penyampai radio dan pempengaruh,” katanya.
Tambah DJ Lin, peluang untuk semua mencuba nasib masih terbuka di tiga lokasi lain iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ads
Sementara itu, Yaya Empire sebagai rakan penaja turut membawa misi mahu memartabatkan penyanyi dikir yang terkenal di Kelantan.
Pengarah urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa berkata, pihaknya membawa penyanyi dikir di setiap lokasi dalam usaha memperkenalkan mereka kepada peminat dan pendengar Suria FM.
Ads
“Kami mahu lebih ramai membuka mata dan menghargai bakat seni penyanyi dikir yang sangat terkenal di Kelantan dan turut popular di media sosial seperti TikTok.
“Kami sendiri di Yaya Empire memang sudah lama berkerjasama erat dan menyokong penyanyi dikir ini kerana keunikan mereka.
“Pada saya irama yang dibawa penyanyi ini juga boleh mendunia dan diterima termasuk beberapa lagu popular seperti Bey Soba Bey yang turut viral antarabangsa,” katanya.
Nadia yang mesra disapa Yaya turut teruja dalam jalinan antara perniagaan wangiannya dan dunia hiburan kerana percaya ia mampu bergerak seiring.
Ads
“Bila saya menjalin hubungan dengan Zamani dan DJ Lin sebagai contoh, saya mendapat pelanggan dalam kalangan peminat mereka.
“Seperti di Pulau Pinang sambutan yang diterima sangat baik dengan jualan mencecah lima angka untuk dua hari jelajah,” katanya lagi.
Lebih menarik pada edisi jelajah di Kelantan kelak, pertandingan KiraOke Suria bakal menggunakan format pencarian bakat baharu penyanyi dikir di negeri itu.
Katanya, menjadi harapannya agar penyanyi dikir akan diterima baik serta lagu nyanyian mereka akan berkumandang dalam radio tempatan.
Dalam siri jelajah di Mydin Mall Bukit Mertajam hujung minggu lalu, lebih 8,000 hadir pada kedua-dua hari serta dihiburkan barisan artis seperti Ernie Zakri, Ara Johari, Haqiem Rusli, Zamani dan Kristal X.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Saat pengebumian penyanyi popular era 80-an, Putri Zizi Novianti atau lebih dikenali sebagai Puput Novel pagi tadi, ibunya yang dikenali sebagai Susi dilihat menangis sepanjang proses tersebut berlangsung.
Dalam laporan media tempatan, wanita tersebut yang sempat berdoa kepada yang maha Esa agar dipermudahkan segala urusan anaknya itu di alam kubur.
“Ya Allah, Rasulullah titip anak hamba,” ujarnya sambil memegang batu nisan yang tertulis nama puterinya itu.
Wanita itu juga dilaporkan memuji kebaikan dan menyebut sikap-sikap positif yang dimiliki oleh Puput Novel sepanjang hidupnya di dunia.
“Anak yang paling hebat di dunia, hatinya baik, pemaaf, kamu itu pemaaf dan penyayang, rela berkorban untuk orang lain, kamu juga susah untuk orang lain.
“Ampuni dosa anak saya, dosa dia adalah dosa saya dan bukan dosa dia. Dia tidak punya dosa, ampuni dosa, saya yang berdosa, dia tidak ada dosa sama sekali ya Allah,” ucap Susi sambil menangis.
Puput Novel meninggal dunia pada 8 September 2024 di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre akibat kanser payudara yang telah dihidapi sejak 2021.
Puput memulakan kerjaya dalam dunia seni sejak lewat 70-an dan terkenal sebagai penyanyi kanak-kanak sebelum turut menerbitkan album ketika dewasa.
Dia merakam lebih 28 album kanak-kanak dan 8 album dewasa. Selain itu dia turut berjinak-jinak sebagai seorang pelakon namun lebih memberi tumpuan sebagai penyanyi.
Antara lagu popular nyanyiannya adalah Kau Idolaku, Mama dan Lupakan Semua.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Selepas berhempas pulas hampir lapan minggu, Farhan Mustapha menepati ramalan apabila namanya diumumkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024.
Persembahan konsisten yang dipamerkan hampir setiap minggu dan malam ini membolehkan Farhan membawa pulang hadiah utama RM10,000 sumbangan Astro, USD2,000 daripada Tik Tok, projek album single bersama Rocketfuel dan trofi.
Rezeki malam akhir, Farhan turut membolot Anugerah Gimme The Mic Alha Alfa sekali gus menang wang RM10,000.
Malah, peserta berusia 26 tahun ini juga bakal mengetuai cabaran ke peringkat Gimme The Mic Global bersama lima lagi pemenang Grand Six.
Melengkapkan kedudukan Grand Six itu ialah Jelly Belly, Shazreen Shaharum, Syaffiq Sahli, Ameerais dan Bulan Asyraff.
Kesemua mereka bakal berentap bersama para peserta daripada negara-negara lain.
Pada malam ini, peserta yang layak ke peringkat Grand Six telah pun membuat dua persembahan.
Manakala, cabaran empat peserta lain iaitu Epet, Junllyod Egano, Syamel Hamzah dan Raes terhenti di pusingan pertama konsert finale Gimme The Mic Malaysia.
Kesemua peserta malam ini diadili oleh empat juri tetap yang terdiri daripada artis terkenal iaitu Hael Husaini, Ajai, Yuna dan bintang Indonesia Bunga Citra Lestari.
Konsert finale Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Auditorium CIDB, Cheras dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Sean Lee.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Definasi wira bagi setiap orang adalah berbeza. Sejak kecil, kita sering menganggap sosok wira ini sangat berkait rapat dengan watak adiwara yang sering dipaparkan di televisyen.
Namun, wira di dunia sebenar ini tidak memerlukan kuasa luar biasa pun untuk membuat kebaikkan. Orang-orang baik ini sanggup menghulurkan bantuan tanpa mengira situasi susah atau senang.
Tanpa kita sedari, tindakan mereka ini akan memberikan kesan terhadap kehidupan kita untuk turut sama berbuat baik dengan orang lain. Bila dunia dipenuhi dengan orang-orang baik, kehidupan akan lebih harmoni dan menghargai antara satu sama lain.
Superhero Tanpa ‘Superpower’
Wira-wira yang tidak didendang ini sebenarnya ada sahaja di sekeliling kita. Bukan sahaja daripada kalangan kenalan rapat, orang yang tidak dikenali pun tanpa segan silu untuk menghulurkan bantuan.
Ambil sahaja contoh melibatkan penunggang motosikal yang sering kali kita lihat di tepi jalan. Bila motosikal kehabisan minyak, mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan bantuan. Apabila motosikal lain yang lalu di kawasan tersebut, sudah pasti mereka akan bantu untuk menunda dengan hanya menggunakan kaki tidak kira betapa jauhnya stesen minyak terdekat.
Malah, ada juga insan berhati mulia yang sanggup menyedia makanan dan kemudahan tandas di rumah mereka sendiri ketika situasi jalan raya sesak teruk ketika musim perayaan. Mereka melakukan perkara tersebut tanpa mengharapkan balasan.
Bukan setakat itu, mereka yang dianggap wira ini juga boleh jadi terdiri daripada kalangan jiran-jiran terdekat. Mereka ini sanggup membantu melihat kawasan rumah saat tuan rumah bercuti atau pulang ke kampung.
Waktu hujan misalnya, mereka sanggup membantu mengangkat kain jemuran dan tumpangkan di rumah mereka dahulu. Malah, jiran-jiran juga akan alert dengan kawasan persekitaran dikala anak-anak kecil bermain di luar.
Kesemua tindakan mungkin terlihat kecil tetapi besar impaknya terhadap diri seseorang.
Jom Calonkan Wira Wonda Anda!
Astro dan Wonda teruja untuk meraikan Wira Wonda Kita. Ini adalah wira wira harian yang sanggup berkorban demi memastikan orang-orang lain berasa senang dan selamat.
Jadi, jom kongsikan kisah kisah wira anda dengan mencalonkan mereka sebagai wira yang paling bermakna dalam hidup anda. Hantarkan penyertaan andadi www.wirawondakita.com.
Lima kisah wira terpilih akan berpeluang membawa pulang RM5,000 untuk anda sebagai pencalon & RM5,000 untuk wira anda. Juga, anda & wira akan diraikan di rancangan MELETOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).
Mungkin mereka adalah Wira Wonda Kita yang dicari selama ini.
Diinspirasikan oleh Wonda Kopi Kluang baharu. Cita rasa kita, wira kita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.