Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo menafikan dakwaan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan individu bergelar ahli politik seperti mana yang tular menerusi sebuah video di media sosial baru-baru ini.

Menurut Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana ahli politik dan wanita di dalam video viral tersebut bukanlah dirinya.

“Saya tak kenal siapa itu. Ada ke berita dan gosip seperti itu? Saya tak pernah menonton video tersebar yang dimaksudkan itu. Ada yang kata itu saya?

“Minta maaf sangat, saya terpaksa maklumkan kepada semua bahawa itu bukan saya. Saya tiada hubungan dengan mana-mana ahli politik Malaysia.

“Saya hanya fokus urusan kerjaya saya bersama Dolla,” katanya kepada MH.

Sabronzo berkata sedemikian ketika ditemui di Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.

Jelas penyanyi berusia 29 tahun itu lagi, selain memberikan fokus terhadap kumpulan Dolla, dia juga tidak akan berahsia dengan peminat sekiranya dia mempunyai hubungan istimewa.

“Ketika ini, kerjaya adalah keutamaan saya.

“Namun, andai kata saya punyai hubungan serius pada masa hadapan sekali pun dan orang bertanya, saya tidak akan nafikan jika hubungan itu benar,” ujarnya lagi.

Ditanya bagaimana khabar angin seperti ini boleh tersebar, penyanyi lagu Damelo ini percaya platform internet mampu mewujudkan apa sahaja jenis persepsi.

“Saya pun tak tahu macam mana gossip seperti ini boleh timbul.

“Mungkin ada yang kata stail saya nampak sama seperti wanita di dalam video itu tapi saya tidak akan berpakaian dengan gaya sebegitu.

“Pada saya, orang-orang di internet ini sangat kreatif. Seperti yang saya katakan tadi, itulah kenyataannya,” akhirinya.

Sebelum ini tular sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita yang dikatkan mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang lelaki yang dipercayai ahli politik tiba di lokasi sama.

Ahli politik berkenaan juga dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang penyanyi popular namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI