AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang sinonim dengan pendekatannya yang berasaskan syariah, kini mengumumkan pembukaan cawangan kedua di Kota Bharu, Kelantan, minggu lalu.

Diasaskan oleh Dr. Aizul Hafizi yang juga pakar perubatan estetik, bersama pendakwah terkenal Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, AiRiz Aesthetic Centre terus memperkukuhkan reputasinya sebagai pilihan utama bagi rawatan kecantikan dan estetik yang mematuhi prinsip Islam di negara ini.

Menerusi cawangan kedua yang terletak di Jalan Atas Bonggol, Kota Bharu, Kelantan ini, ia pastinya terus komited untuk menawarkan servis estetik premium kepada lebih ramai pelanggan, selari dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap rawatan kecantikan yang selamat, berkesan, dan patuh syariah.

PU Riz berkata, AiRiz Aesthetic Centre akan terus optimis dalam menyediakan rawatan estetik yang diiktiraf secara perubatan dan halal.

“Kenapa di Kelantan? Saya tengok apa yang unik di Kelantan ini adalah kesungguhan orang ramai. Kalau macam dia nak buat satu benda itu memang ada keinginanlah.

“Kita tengok di sepanjang jalan-jalan di sini pun, berapa ramai orang Kelantan yang berniaga dan penerimaan pada perniagaan yang kecil-kecil itu mendapat sokongan baik.

“Saya rasa di Kelantan yang mana kalau ikut ‘survei’ dalam 10 hingga 15 kilometer radius dari sini, pusat estetik agak berkurangan. Jadi, dengan pembukaan cawangan kedua ini, kami mahu terus fokus menyediakan rawatan estetik terkini yang diiktiraf secara perubatan dan halal.

“Malah menerusi cawangan baru ini, pelanggan juga akan dapat menikmati pelbagai rawatan kecantikan seperti peremajaan kulit, rawatan anti-penuaan, laser, rawatan pengurusan berat badan, dan banyak lagi. Kesemuanya dilaksanakan oleh pasukan profesional yang berkelayakan tinggi,” katanya.

Sementara itu, Dr. Aizul menjelaskan, kerjasama dengan PU Riz adalah untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan dengan menyuntik elemen pendidikan agama yang penting bagi masyarakat Muslim yang ingin menjaga penampilan tanpa mengabaikan nilai-nilai Islam.

“Kami amat gembira dengan sambutan yang diberikan terhadap cawangan pertama. Dengan pembukaan cawangan kedua ini, kami berharap dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik dan membantu lebih ramai individu mencapai kecantikan secara sihat dan mematuhi syariah.

“Secara peribadi, sepanjang saya berniaga lebih 10 tahun lalu, memang saya titik beratkan soal keberkatan. Jadi, keberkatan dari sudut ini ialah, apa yang kita berikan kepada pelanggan itu mestilah memberikan satu manfaat.

“Bahkan, ia juga datang daripada dua aspek, iaitu kemahiran saya sebagai seorang doktor yang mempunyai sijil dalam bidang estetik dan pada masa sama dibimbing dari segi patuh syariah daripada PU Riz sendiri,” katanya.

Pembukaan cawangan kedua AiRiz Aesthetic Centre disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Beliau berkata, pembukaan AiRiz Aesthetic Centre yang diusahakan oleh usahawan muda dianggap sebagai satu bentuk perniagaan masa hadapan.

“Kedatangan usahawan muda, sudah tentu bakal membuka suatu bidang perniagaan yang disebut sebagai satu perniagaan masa hadapan kerana mereka berani dan mahu mengambil peluang yang begitu besar.

“Itulah yang kita harapkan kerana dalam bidang estetik ini, saya rasa kalau niat dan caranya betul, kita memang boleh pergi ke depan.

“Pembukaan pusat estetik ini di sini juga selari dengan niat kita untuk menjadikan perniagaan di Kota Lama ni sebuah lokasi perniagaan yang membahagiakan orang yang berdaya saing, kompetitif.

“Kita boleh tengoklah harganya pun kompetitifsebab ‘not everything that is good comes cheap’. Saya harap perniagaan ini yang menggabungkan satu pengkhususan kepakaran dan juga patuh syariah akan menjadikan ia sebagai perniagaan yang diberkati, insya-Allah,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI