Pelakon muda berusia 27 tahun, Chance Perdomo meninggal dunia pada 30 Mac 2024 akibat kemalangan motosikal.

Mendiang Chance terkenal menerusi lakonannya dalam siri Chilling Adventure of Sabrina di saluran Netflix dan juga siri Gen V di saluran Amazon Prime.

Dilahirkan pada 19 Oktober 1996 di Los Angeles, kerjayanya sebagai anak seni bermula pada tahun 2017 menerusi drama bersiri kanak-kanak di salah satu saluran televisyen Britain.

Biarpun dilahirkan di Amerika Syarikat mendiang berpindah dan dibesarkan di Southampton, England. Memiliki darah Latin di sebelah ibunya, Chance memegang kerakyatan Britain dan Amerika Syarikat.

IKLAN

Pelakon Siri Popular Netflix Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Motosikal

Kredibilitinya sebagai pelakon terbukti apabila tersenarai sebagai salah seorang finalis kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah BAFTA menerusi lakonannya dalam drama Killed My Debt.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai seranta Chance, tiada orang lain yang terlibat dalam nahas tersebut dan sehingga kini lokasi serta bila kejadian itu berlaku tidak didedahkan.

IKLAN

Rakan pelakonnya dalam siri Gen V, Patrick Schwarzenegger dalam satu ciapan di X meluahkan rasa terhadap kematian Chance.

“Ini terlalu menyakitkan. Dia seorang aktor berbakat dan rakan yang baik. Perginya terlalu cepat. Satu penghormatan bagi saya untuk bekerja bersamanya dalam Gen V. Berehatlah dengan tenang Chance,” ujar Patrick dalam ciapannya.

IKLAN

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI