Susulan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan seorang aktres dipercayai enggan membuka pintu unit sebuah kondominium mewah, di ibu negara awal pagi tadi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Lapor Harian Metro, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu sekiranya mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit.

Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua buah van.

Dua selebriti itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

IKLAN

Terdahulu, adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz ialah individu yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.

Terdahulu pada awal pagi Sabtu, kecoh berita mengenai kes membabitkan dua selebriti, di dalam serbuan yang dibuat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

IKLAN

Menerusi media sosial, warganet mula mengaitkan pelakon lelaki yang ditangkap ialah Aliff susulan isterinya iaitu Bella Astillah yang hadir ke pejabat agama Islam sekitar pukul 2.40 pagi ditemani beberapa rakan di dalam sebuah video tular.

IKLAN

Aliff pernah berhadapan dakwaan berlaku curang terhadap Bella dan pasangan ini bercerai pada 2019. Bagaimanapun mereka akhirnya memilih untuk kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI