Miley Cyrus boleh menarik nafas lega apabila akhirnya dia berjaya menggondol bukan satu tetapi dua anugerah Grammy buat kali pertama sepanjang 17 tahun kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Terkenal dengan karakter Hannah Montana sewaktu zaman remajanya, penyanyi dan pelakon berusia 31 tahun itu menggondol anugerah persembahan solo pop dan rakaman terbaik bagi lagu Flowers.

Flowers merupakan single utama yang dimuatkan dalam album terbaharunya Endless Summer Vacation yang dilancarkan tahun lalu.

17 Tahun Bergelar Penyanyi, Miley Cyrus Akhirnya Menang Anugerah Grammy
Album Endless Summer Vacation

Saat menerima anugerah pertama bagi kategori persembahan solo pop, Miley berkata, “Tadi saya tersekat dalam lalu lintas dek hujan lebat dan saya ingatkan saya akan terlepas momen ini.”

IKLAN

Kemudiannya pada penghujung majlis, Miley diumumkan menang kategori rakaman terbaik yang merupakan salah satu anugerah paling berprestij Grammy.

“Anugerah ini sungguh menakjubkan, tetapi saya berharap ia tidak mengubah apa-apa kerana hidup saya tetap indah semalam. Tidak semua orang di dunia akan mendapat Grammy, tetapi semua orang di dunia ini hebat, jadi tolong jangan fikir ini penting,” ungkapnya.

Menjadikan kemenangannya lebih manis, bekas isteri Liam Hemsworth ini juga membuat persembahan lagu “Flowers” secara langsung.

IKLAN

Dia secara spontan meraikan pencapaiannya dengan mengubah lirik lagu itu, lirik yang diubah berbunyi, “Mula menangis, kemudian teringat saya baru sahaja memenangi Grammy pertama saya!”

Sepanjang kariernya, Miley sebelum ini pernah tercalon untuk Anugerah Grammy pada tahun 2015 menerusi album Bangerz dalam kategori album vokal pop terbaik.

IKLAN

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI