Ibarat langkah kanan, permulaan tahun 2024 dilihat sangat cemerlang buat penyanyi Aina Abdul yang telah pun memenangi beberapa anugerah dan pengiktirafan yang mengangkat bakatnya sebagai insan seni.

Menurut Aina, selain sokongan padu peminat, berkat doa daripada seorang ibu juga memainkan perasan yang sangat besar.

“Ada Baju Yang Dia Tak Nak Saya Pakai Lagi,” – Doa & Kritikan Ibu Bantu Aina Abdul, Back To Back Menang Anugerah

“Saya rasa ini merupakan berkat doa ibu yang juga merupakan peminat nombor satu saya.

“Ibu sentiasa menonton saya daripada jauh walaupun dia tidak akan mengikuti saya ks acara-acara luar.

“Saya lebih rela ibu mendoakan daripada rumah supaya saya tidak perlu risau tentang keadaannya jika dia ikut saya. Lagi pun, dia juga sudah berusia.

“Terima kasih ibu, ahli keluarga dan kelab peminat, Aination yang sentiasa mendoakan saya dan minta saya berehat,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ainaa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis anugerah, Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

“Ada Baju Yang Dia Tak Nak Saya Pakai Lagi,” – Doa & Kritikan Ibu Bantu Aina Abdul, Back To Back Menang Anugerah

Terdahulu, Aina telah dinobatkan selaku pememang bagi kategori Lagu/ Audio Tergempak 2023 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.

Pada masa sama, Aina turut memaklumkan dia sering mendapat teguran dan kritikan jujur daripada ibunya demi memperbaiki dirinya pada masa akn datang.

IKLAN

“Dia merupakan pengkritik tegar saya. Setiap kali saya habis persembahan, keesokkan harinya, pada waktu Subuh, saya kena bersedia dengan mesej yang bertalu-talu.

“Ibu selalu beri peringatan dan luah rasa bangga. Namun, tak semua mesej itu yang indah-indah sahaja.

“Sebagai ibu, dia pasti akan berikan kritikan paling jujur yang tidak akan saya terima daripada kawan-kawan atau orang sekeliling.

“Dia juga tegur mengenai pakaian saya. Kalau pelik sangat pun, dia tak izinkan. Ada juga baju yang ibu larang saya pakai lagi,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Ada Baju Yang Dia Tak Nak Saya Pakai Lagi,” – Doa & Kritikan Ibu Bantu Aina Abdul, Back To Back Menang Anugerah

Ditanya mengenai penerimaan ibunya saat dia berdepan kontroversi, ini reaksi yang dikongsikan Aina;

“Ibu akan tahu juga. Ada kalanya, saya merasakan situasi ini agak tidak sihat buat ibu. Walaupun ibu tiada media sosial, dia akan ambil tahu daripada Youtube atau televisyen.

“Dia akan baca semua komen yang dia nampak. Hal itu agak merisaukan saya. Tak semua komen yang saya terima itu indah. Ada kalanya pedas.

“Bayangkan hati seorang ibu bila melihat komen-komen sebegitu. Namun, itu adalah tanggungjawab saya untuk terangkan hal sebenar,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI