Pelakon Riena Diana teruja apabila diberikan kepercayaan untuk membawakan watak sebagai wanita ‘penyondol’ di dalam drama terbaharu, Wanita Syurga.

Menurut Riena, dia ingin mencabar diri setelah sekian lama selesa membawakan watak protagonis.

“Saya Cuba Jadi ‘Perampas’ Yang Tenang,” – Riena Diana Bawa Watak ‘Penyondol’, Rujuk Drama Korea

“Saya teringin nak bawa watak antagonis. Saya nak cuba sesuatu yang baharu di dalam kerjaya. Bila ditawarkan watak Farah Mokhtar, saya rasa skrip dan pengarahannya sangat menarik.

“Mula-mula, saya agak ragu juga. Boleh ke saya bawa watak ini? Saya risau penonton tidak boleh menerima Lailer menjadi sebegini.

“Namun, dengan pertolongan pengarah, lakonan saya mendapat maklum balas yang positif,” katanya kepada MH.

Pelakon drama Kampung People ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Ramadan dan Hari Raya TV3 baru-baru ini.

“Saya Cuba Jadi ‘Perampas’ Yang Tenang,” – Riena Diana Bawa Watak ‘Penyondol’, Rujuk Drama Korea

IKLAN

Pada masa sama, Riena turut mendedahkan dirinya mengambil sedikit masa untuk membuat rujukan bagi menjayakan watak ini.

“Saya tonton filem Korea Selatan, The World Of Marriage. Saya ambil rujukan watak perampas daripada filem itu juga.

“Saya tak nak terlalu menjerit-jerit atau marah-marah. Saya nak bawa watak ‘penyondol’ itu dengan tenang.

“Saya juga ada menonton drama Layang-Layang Perkahwinan. Watak Alya Iman pun menarik juga. Jadi, saya ambil sikit-sikit imput sebagai rujukan daripada beberapa drama,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, Riena akui sudah bersedia dengan reaksi penonton selepas menonton dramanya itu nanti.

IKLAN

“Saya Cuba Jadi ‘Perampas’ Yang Tenang,” – Riena Diana Bawa Watak ‘Penyondol’, Rujuk Drama Korea

“Mulanya, saya risau juga sebab watak Lailer disayangi semua. Namun, jika kita melihat daripada perspektif lain, kalau penonton marah saya, itu bermakna lakonan saya menjadi.

“Segala usaha saya untuk menjayakan watak ini berbaloi walaupun pada awalnya saya takut nak ke set.

“Bila penonton tak suka dengan watak saya, ia satu pengalaman baharu. Saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal,” katanya lagi.

IKLAN

Ditanya mengenai reaksinya jika berhadapan dengan wanita perampas di dalam dunia nyata, Riena punyai caranya yang tersendiri.

“Saya Cuba Jadi ‘Perampas’ Yang Tenang,” – Riena Diana Bawa Watak ‘Penyondol’, Rujuk Drama Korea

“Orang lain mungkin akan mengamuk tapi saya mudah sahaja, kalau anda rasa boleh ambil suami saya, ambil sahajalah.

“Saya layak terima yang lebih baik. Sebagai wanita, kita kena tahu nilai diri kita,” akhirinya.

Selain Riena, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Nazim Othman dan Shah Iskandar.

Wanita Syurga ditayangkan di slot Akasia TV3, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI