Pelakon yang popular menerusi francais filem Harry Potter, Simon Fisher-Becker, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun.
Berita pemergian aktor berbadan besar itu disahkan sendiri oleh pengurusnya, Kim Barry dari Jaffrey Management, serta pasangannya, Tony, dalam satu hantaran di media sosial.
“Hari ini saya kehilangan bukan sahaja seorang klien, tetapi juga seorang sahabat rapat selama 15 tahun,” kata Barry dalam satu kenyataan rasmi kepada media.
Kenangan istimewa
Selain itu, Kim Barry turut berkongsi kenangan istimewanya bersama Fisher-Becker sepanjang bekerjasama dalam memacu kerjaya pelakon itu dalam dunia lakonan.
“Saya masih ingat saat saya menelefonnya untuk memberitahu bahawa dia ditawarkan watak Dorium Maldovar dalam Doctor Who,” katanya.
Ads
Selain berbakat besar dalam lakonan, Fisher-Becker juga dikenali sebagai seorang penulis, pencerita dan penceramah yang hebat.
“Dia sangat baik hati, penuh budi bahasa, dan sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya. Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada suaminya, Tony, keluarganya, serta semua peminat yang menyayangi Simon,” tambah Barry.
Pasangan kongsi berita sedih
Pada hari Ahad lalu, suami kepada Fisher-Becker, Tony, memuat naik hantaran menyayat hati di Facebook bagi mengesahkan berita pemergian pelakon itu.
“Halo semua. Ini Tony, suami Simon. Saya ada berita yang sangat sedih. Pada pukul 2:50 petang tadi, Simon telah meninggal dunia,” tulisnya.
Ads
“Saya akan mengekalkan akaun ini buat sementara waktu. Saya tidak pasti sama ada saya akan membuat hantaran lagi. Terima kasih,” tambahnya.
Tinggal legasi
Muncul dalam filem Harry Potter yang pertama Harry Potter and the Philosopher’s Stone, watak Fisher-Becker sebagai hantu Fat Friar dalam Harry Potter sememangnya meninggalkan kesan kepada peminat francais magis tersebut.
Ads
Hantu rasmi Rumah Hufflepuff itu cukup dikenali kerana perwatakannya yang ceria dan mesra. Selain Harry Potter, Fisher-Becker juga sinonim dengan wataknya sebagai Dorium Maldovar dalam musim ke-5 dan ke-6 siri hit Doctor Who.
Malah, dia turut mengulangi peranannya dalam siri podcast Doctor Who: The Eleventh Doctor Chronicles and Jenny — The Doctor’s Daughter.
Tidak hanya itu, mendiang juga pernah membintangi beberapa siri TV British terkenal seperti Puppy Love, One Foot in the Grave, The Bill, Love Soup, dan Afterlife.
Dalam dunia perfileman pula, Fisher-Becker terlibat dalam filem Les Misérables yang disiarkan pada 2012, filem tersebut berjaya memenangi kategori Filem Terbaik di anugerah Oscar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menurutnya lagi, meski datang seawal jam 12, namun dia masih mendapat saf belakang.
Bagaimanapun,dia berhasrat untuk datang awal pada minggu depan untuk mendapatkan saf hadapan.
Terdahulu, hampir tiga bulan masjid dan suarau ditutup akibat pandemik wabak Covid-19 yang melanda dunia.
Masjid dan surau kembali dibuka yang membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dan solat jemaah lima waktu.
Mengikut SOP yang disediakan, jemaah juga perlu memakai pelitup muka, selain mengambil wuduk serta tidak bersalaman atau bersentuhan sepanjang berada di masjid dan surau.
Foto : Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat aktres berbaka, Haliza Misbun yang sudah selamat bergelar isteri kepada duda anak satu yang juga lelaki warga British, Matthew John Rodgers.
Majlis berlangsung di Masjid Ar Rahah, Kerinchi kira kira jam 5.25 petang.
Momen indah membabitkan pasangan yang masing-masing berumur 48 tahun itu berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dihadiri hanya 50 orang saja tetamu.
Pada majlis ringkas dan intim itu, Haliza menerima mas kahwin RM80 dari lelaki yang juga bertugas sebagai perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baru.
Pada masa sama, bintang yang sinonim menerusi drama Cinderella itu turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.
Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelaki, Othman Misbun.
“Ini perkahwinan pertama saya. Alhamdulilah. Selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteki dengan status diri saya. Termasuk ada yang menyangka saya sudah berkahwin.
“Tapi hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan saya sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah,” katanya.
Menurut Haliza, hubungannya dengan suami terjalin sejak hampir empat tahun lalu.
“Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu. Kami kenal menerusi kawan. Pertemuan di sebuah restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain memutik rasa jatuh cinta.
“Malah selepas setahun akrab, dialah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga. Saya rasa yakin dengan kesungguhannya dan kami mula terbuka dalam pelbagai aspek.
“Pengalaman hidup masing masing mematangkan diri barangkali menjadi faktor keserasian itu mudah diperolehi,” katanya.
Haliza menambah, suaminya turut melakukan strim langsung menerusi Facebook untuk berkongsi detik indah itu bersama keluarga di England.
Pada majlis itu, Haliza mengenakan busana rekaan teman baik sendiri, Mansor Harun (Sutex) sementara adiknya, Rozana Misbun turut menjadi pengapit.
Sejurus selesai majlis akad nikah, mempelai turut diraikan di sebuah dewan di lokasi sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang sinonim dengan kerja amal serta memberi bantuan kepada masyarakat bersama pasukannya.
Terbaru, Ebit meluahkan rasa simpati dan sayu apabila menziarahi segenlintir pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam pada itu, Ebit telah memberi sedikit sumbangan barang keperluan kepada segelintir pemandu teksi yang mengalami masalah kewangan selepas berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia.
“Sayu sangat rasa ziarah driver taxi airport klia. Bila tengok wajah macam ayah. Macam mak. Macam abang kakak kita sendiri semuanya menangis. Berapa gaji abang seminggu ini. Rm80 ustaz. Susah nak dapat trip. Sebulan ada yang dapat Rm400 macam tu pun ada. Sebelum ni langsung tiada. Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung. 7 bulan dah. Saya dapat beri sedikit barang dapur untuk 300 orang. Mereka ada 700 orang.
“Abang dan kakak ni menangis kata. Ustaz, terima kaseh datang sudi tanya khabar kami. Sudi bantu kami. Semua cakap sikit menangis. Ya Allah..sedihnya suasana macam ni.
“Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer. Jika ada. Tunggu barisan. Tadi ramai menangis bila saya kata sabar ujian kasih sayang Allah. Bila abang-abang ni menangis saya dah makin sebak. Begitulah ayah-ayah ni. Disebalik wajah ayah yang tegas, hampir semua menangis tadi. Syarikat membantu dengan tidak caj kereta dan ada juga beri bantuan makanan.
“Terasa sebak jer. Masa berdoa tadi semua menangis. Bila tengok tangisan mereka teringat betapa berat ujian mereka. Begitulah ayah-ayah ni semua. Allahuakbar. Inilah kerja mereka selama ini. Kini semua dah berubah. Doakan yer buat abang kakak ni semua. Cuma mampu beri sedikit bantuan makanan.
“Buat sahabatku semua jika ada kawan tiada kerja tolong tengok-tengokkan yer. Bantu ikut kemampuan. Ya Alllah maafkan saya. Ampunkanlah diriku ini-ebitlew,” tulisnya.
Video: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fattah Amin mendedahkan ibunya, Azizah Abdul Ghani, agak terkesan susulan dakwaan yang kononnya dia mempunyai hubungan dingin dengan cucu, Nur Fatima Aisha.