Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui terkejut apabila mengetahui lagu nyanyiannya, Anta Permana, menjadi pilihan Raja Charles III dalam senarai ‘playlist’ peribadi baginda.
Menerusi temu bual bersama Hot FM, Siti pada mulanya kurang percaya dengan berita tersebut kerana bimbang ia hanyalah suntingan video yang tular di media sosial.
“Sebenarnya saya dapat perkhabaran ini daripada pihak Universal Music Malaysia. Apabila pihak Apple Music maklumkan kepada mereka bahawa lagu saya ini antara pilihan daripada King Charles, saya tanya, biar betul?
“Saya kata, janganlah tertipu. Sekarang ini banyak yang gunakan teknologi AI. Kita pun takut juga.
“Namun, mereka katakan ini adalah real dan memang daripada Apple Music sendiri.
Ads
“King Charles ada buat beberapa pilihan lagu dan lagu saya, Anta Permana, termasuk sekali,” katanya.
Bangga Dengan Karya Berkualiti Antarabangsa
Siti pada masa sama turut berterima kasih kepada Hael Husaini dan Ezra Kong, selaku pencipta lagu tersebut, kerana berjaya menghasilkan karya yang berkualiti sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.
“Saya memang tak sangka. Saya patut ucap tahniah kepada Hael Husaini dan Ezra Kong sebab mereka berjaya menjadikan lagu ini ke tahap antarabangsa,” kongsinya.
Ads
Lebih membanggakan, Raja Charles III bukan sahaja meminati melodi lagu tersebut tetapi juga memahami maksud di sebaliknya.
“Apabila King Charles III maklumkan yang dia memahami maksud lagu itu, memang benarnya cinta ini melangkaui masa.
“Walaupun kita sudah tiada lagi, tapi kasih sayang tetap abadi,” katanya lagi.
Ads
Tersenarai Bersama Nama Besar Dunia
Sebelum ini, Apple Music melancarkan program The King’s Music Room, yang menghimpunkan karya dari negara-negara Komanwel sebagai meraikan kepelbagaian muzik dunia.
Menariknya, nama Siti Nurhaliza turut tersenarai bersama artis antarabangsa terkenal seperti Beyoncé, Michael Bublé, dan Bob Marley.
Rakaman The King’s Music Room berlangsung di Istana Buckingham, memaparkan perjalanan muzik yang membentuk pengalaman serta memori peribadi Raja Charles III.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Hot FM & Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Che Puan Syamim Farid baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 tahun, pada 29 Januari lalu.
Menariknya untuk tahun ini, suami tercinta, Y.M. Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj telah memberikan kejutan buat pemenang kedua Dewi Remaja 2015 ini dengan membawanya menikmati panorama alam dengan menaiki udara belon panas.
Mengisi masa berdua dengan penuh romantis di awangan, merpati dua sejoli ini turut berkongsikan beberapa foto sekitar sambutan, menerusi Instagram.
“BEST BIRTHDAY SURPRISE EVERRR!!!,” tulisnya ringkas pada salah satu pautan foto yang dimuat naik.
Baru-baru ini Daler Yusuf telah menerima kecaman netizen gara-gara membandingkan kecantikan artis Korea dan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman media sosial.
Lantas, isu ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah turut mendapat perhatian daripada rapper dan penceramah motivasi, Caprice.
“Your character and who you are as a person is what will help you in dunia & akhirat.” tulisnya.
Menariknya, menerusi video tersebut Caprice telah memberi nasihat kepada Daler dan netizen.
Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli telah memberi pandangan bahawa jangan sesekali kita membanding-bandingkan kaum wanita.
Tambahan lagi, penyanyi berusia 32 tahun itu juga memaklumkan rupa paras itu tidak penting akan tetapi karakter seseorang itu lagi penting untuk dunia akhirat.
Lalu, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dikongsi oleh Caprice.
Video : Instagram Caprice
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Peritnya menanggung kerinduan terhadap seseorang yang pernah menjadi sebahagian penting dalam hidup, sukar diungkap. Hanya kerinduan mendalam membelenggu mereka yang melaluinya.
Itulah dirasakan penyanyi Fanzi...