Pelakon yang sinonim menerusi siri Comel arahan Aziz M Osman pada 2007, Chomell Fana berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini sedang hamil enam bulan.

Chomell Fana atau nama sebenarnya, Noorhanis Farhana Shaharuddin, 36, berkata, ia merupakan kandungan pertama selepas berkahwin dengan seorang penceramah bebas, tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya jumpa suami dalam majlis agama. Dia bagi kebenaran berlakon dengan syarat saya jaga diri. Dia ambil berat penampilan saya dan beri ruang kepada saya agar perlahan-lahan berubah,” katanya.

Chomell Fana kini sedang menghabiskan baki penggambaran drama Chinta Arjuna arahan Suhaimi Lua sebelum berehat sebagai persiapan melahirkan cahaya mata.

Dia juga mengakui, sebelum ini turut mempunyai seorang anak angkat, Razzyn Mikhail yang kini berusia tujuh tahun.

IKLAN

Ditanya mengenai dirinya yang lama tidak aktif dslam seni, Chomell Fana tidak menafikan dia pernah berhadapan masalah kemurungan akibat disihir seseorang.

Menurutnya, pelbagai gangguan dialami seterusnya membuatkan dia seolah-olah berputus asa untuk meneruskan kerjaya sebagai berlakon dan menyanyi.

“Bukan saya tak nak berlakon, tetapi ada saja halangan ditempuhi masa nak masuk set penggambaran.

IKLAN

“Ketika dalam perjalanan pergi set, saya kemalangan, tak jumpa set dan macam-macam lagi kejadian lain terjadi,” ceritanya.

Bintang ini bagaimanapun menjelaskan, dia kini kembali aktif dua tahun lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setakat ini sudah membintangi enam buah drama serta telefilem.

IKLAN

Terdahulu, Chomell Fana juga pernah muncul dengab single, Andai Hatiku Bersuara beberapa tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/l9mQ6_UWfrw

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI