Pertandingan penuh berprestij, Miss USA 2024 baru sahaja melabuhkan tirai sebentar dengan pemahkotaan juara baharunya hari ini.
Alma Cooper yang mewakili negeri Michigan membuat kejutan sebagai peserta bukan piihan ramai sekaligus mengetepikan saingan 50 peserta lain yang datang dari dari seluruh negara.
Tempat kedua pertandingan ini dimemangi oleh Connor Perry dari Kentucky manakala tempat ketiga disandang oleh Danika Christoherson yang mewakili Oklahoma.
Alma,22, merupakan seorang pegawai tentera dan graduan Akademi Tentera Amerika Syarikat yang kini sedang menyambung pengajian peringkat sarajana dalam bidang statistik di Universiti Stanford.
Ads
Ketika menjawab soalan sebelum kemenangannya, gadis pintar ini berkongsi serba sedikit tentang latar belakang dirinya.
“Sebagai anak perempuan pekerja migran, wanita Afro-Latina yang bangga dan seorang pegawai dalam tentera Amerika Syarikat, saya menjalani impian Amerika saya,” katanya.
Membawa mesej ‘food insecurity’ dalam misinya sepanjang bergelar ratu cantik seperti yang diletakkan dimaklumat Instagram. Alma mahu bergerak membawa kesedaran untuk menjadikan makanan sihat mudah diakses oleh seluruh masyarakat AS.
Ads
Alma kini akan mewakili Amerika Syarikat pada pertandingan Miss Universe 2024 yang dijangka akan berlangsung di Mexico pada akhir tahun ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjadi Impian setiap atlet untuk bersaing di Sukan Olimpik. Merupakan pertandingan yang mengumpulkan persaingan dari seluruh dunia, pingat olimpik menjadi antara pingat dambaan bagi setiap atlet profesional.
Malaysia antara negara yang tidak terkecuali menyertai suka tersebut sejak sekian lama. Mula menuai pingat rasmi pada edisi Olimpik Barcelona 1992, setakat ini hanya lima atlet bertanding pernah memenangi dua atau lebih pingat tersebut.
Kehebatan Datuk Lee Chong Wei tidak dapat disangkal. Beliau antara atlet veteran negara yang banyak membawa nama Malaysia ke puncak. Kini beliau masih memegang rekod sebagai atlet Malaysia paling banyak pingat olimpik iaitu 3 perak. Kesemua itu diperolehnya dalam perlawanan perseorang badminton pada Olimpik edisi 2008, 2012 dan 2016.
Datuk Pandelela Rinong menjadi atlet wanita pertama Malaysia menang medal Olimpik secara rasmi dan merupakan medal pertama Malaysia dalam sukan bukan badminton. Penerjun negara ini memenangi pingat gangsa bagi Olimpik London 2012 bagi acara 10-meter platform dan pingat perak bagi Olimpik Rio 2016 bagi acara platform serentak 10-meter.
Anak kelahiran Terengganu ini menjadi pemecah tempok pingat acara ketiga yang mendapat pingat di pentas Olimpik menerusi acara Individu Keirin. Datuk Azizulhasni Awang memperoleh pingat gangsa pada edisi Olimpik Rio 2016 dan meraih perak pada edisi Olimpik Tokyo 2020. Kini dia dalam misi untuk memperoleh Emas pertama negara bagi Olimpik Paris 2024 dalam acraa Individu Keirin yang dijangka berlangsung pada 10 Ogos ini.
Soh Wooi Yik dan Aaron Chia menjadi atlet terbaharu yang berjaya memperoleh 2 pingat di Sukan Olimpik apabila berjaya mengekalkan gangsa dalam acara beregu lelaki Badminton. Sebelum ini mereke terlebih dahulu pertama kali menggenggam pingat olimpik acara yang sama bagi edisi Tokyo 2020.
Setakat ini Malaysia sudah memiliki 15 pingat di Sukan Olimpik merangkumi 8 perak dan 7 gangsa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendakwa ibu mentuanya, Siti Hafizah Sheikh Mohamad cuba mempengaruhi minda anak lelakinya, Ayden Adrean sewaktu membuat panggilan video, baru-baru ini.
Dakwa Bella, perkara seperti itu yang membuatkan dirinya trauma dan berharap agar keluarga mentua dapat memberikan ruang buat dirinya dan anak-anak.
“Buat sementara waktu ini, berilah kami ruang. Jauhkanlah diri kalian. Cukup video call hari itu buat pertama kalinya menjadikan saya takut sebab mak mertua cakap apa pada Ayden ketika video call?
“‘Allahu, bang tengok muka ayden tu kesiannya muka dia risaukan daddy dia, muka dia tertekan. Ayden sayang jangan risaukan daddy ya, dia okay. Ayden hanya perlu doakan daddy je’.
“Saya ada rakam video sewaktu video call. Inilah antara sebabnya kerana ayat-ayat macam ni hanya akan menganggu fikiran budak kecil walhal dia tiada pun fikiran sebegitu,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Bella menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dakwa penyanyi lagu Bermanja-Manja ini, anak-anaknya kini berada dalam keadaan baik dan sudah terbiasa dengan ketiadaan bapa mereka di sisi.
Katanya lagi, agak sukar untuk keadaan kembali seperti dahulu.
“Kalau nak tahu, Alhamdulillah mereka happy sahaja sebab sudah terbiasa memang selalu dengan saya.
“Saya yang banyak uruskan mereka dari baby sehingga pemilihan sekolah, daftar sekolah semuanya saya. Bukan mudah untuk semuanya kembali seperti tiada apa-apa berlaku.
“Sedangkan mama dan umi semua sudah sepakat, jika ada perbalahan antara saya dan Aliff kalian tidak akan masuk campur supaya mudah untuk kedua belah pihak di masa kedepannya bagi menguruskan soal cucu.
“Tapi berlaku sebaliknya, Puan Fiza sudah musnahkan semuanya,” dakwanya lagi.
Dalam pada itu, Bella turut menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya cuba untuk menjauhkan anak-anak daripada bekas suami, Aliff Aziz.
“Terakhir sekali, saya merayu jangan cakap saya gunakan anak-anak sebagai alasan. Saya menjaga mental health dan ketenangan anak anak untuk membesar dengan baik dan positif.
“Saya pernah gunakan anak-anak dulu pun bekas suami tetap tak balik rumah. Jangan risau, anak-anak tetap kenal bapa mereka.
“Saya juga tahu soal hukum memisahkan anak dengan bapa. Saya tak pernah cakap nak pisahkan mereka. Saya cuma cakap buat masa ini. Insya-Allah, satu hari nanti pasti akan baik baik sahaja,” akhirinya.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Walau bagaimanapun, kontroversi rumah tangga mereka mula tercetus apabila pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.
Aliff dan Bella kemudiannya sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lee Zii Jia berjaya memperoleh rentak kembali dalam perlawanan badminton perseorangan lelaki sebentar tadi sekaligus berjaya membawa pulang pingat gangsa.
Kemenangannya itu menjadikan pingat tersebut sebagai pingat kedua buat Malaysia selepas pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang turut menyumbang gangsa, semalam.
Anak jati Kedah itu yang merupakan pemain kedudukan ke-7 dalam ranking dunia berjaya menundukkan lawannya dari India, Lakshya Sen dengan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Biarpun ketinggalan pada set pertama, Zii Jia bangkit cemerlang jauh meninggalkan Lakhsya dalam dua set seterusnya.
Biarpun hasrat untuk mencapai emas tidak kesampaian, namun pingat gangsa cukup membuktikan Zii Jia mempunyai rentak yang baik berbanding ketika di Olimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan dia pulang dengan tangan kosong.
Dia menjadi rakyat Malaysia ketiga selepas Rashid Sidek dan Lee Chong Wei untuk meraih podium dalam pertandingan perseorangan lelaki.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tampil memberikan reaksinya susulan kenyataan seorang individu yang melabelkan dirinya sebagai penyanyi yang gagal bertahan dalam industri muzik tanah air.