Meski genap sebulan pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu membeli motosikal Yamaha Y150 ZR, nampaknya kisah ‘bahan-membahan’ antara dirinya dan rakan artis, Zizan Razak masih belum berkesudahan.

Terbaru, Shuib sekali lagi dilihat mengusik Zizan dengan memuat naik sebuah foto seorang tukang gunting rambut yang memiliki wajah mirip Zizan di Instagram miliknya.

Menurut Shuib, dia tidak menyangka Zizan kini bekerja disebuah saloon dan mungkin kerana itu panggilannya tidak dijawab.

“Hari ahad pon keje ke @zizanrazak869 ??? Patutlah call tak angkat,sibuk kat saloon rupanya,” tulisnya.

IKLAN

Entri tersebut ternyata sekali lagi membuat para netizen berasa geli hati.

Lalu, tidak berhenti di situ, Zizan tidak lama kemudian memuat naik pula gambar lama suami kepada Siti Sarah itu ketika memiliki gaya rambut ‘mohawk’.

IKLAN

“Alhamdulillah 1st customer cakap menjadi rambut dia. Hope dia puas hati dan sesiapa dan datang barbershop saya tolong email ya sebab pack sangat kedai ni.

“Tengah cari dewan untuk disewa saya pun dah 3 hari x tido layan gunting rambut. Semalam pun terpaksa gunting rambut pakai kipas siling sebab jari terlalu penat.

“Lihatlah 1st customer saya pelakon Vietnam. Hensem tak,” balas Zizan.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah dua pelawak yang asyik ‘membahan’ antara satu sama lain  itu.

“Patutlah Call Tak Angkat, Sibuk Di Salon,”- Masing-Masing Tak Sangka Zizan Jadi Tukang Gunting Rambut & Shuib Pula Macam Pelakon Vietnam “Patutlah Call Tak Angkat, Sibuk Di Salon,”- Masing-Masing Tak Sangka Zizan Jadi Tukang Gunting Rambut & Shuib Pula Macam Pelakon Vietnam “Patutlah Call Tak Angkat, Sibuk Di Salon,”- Masing-Masing Tak Sangka Zizan Jadi Tukang Gunting Rambut & Shuib Pula Macam Pelakon Vietnam

Alahai, bilalah nak habis kisah mereka ni ye? Tak habis-habis bikin ramai pecah perut. Tapi kalau dah tiada nanti, rindulah pulak. Haa macam mana tu?

Sumber: Instagram Shuib & Zizan Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI