Pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida awal pagi ini ada berkongsi sesi tahnik yang dilakukan oleh Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin buat permata hatinya, Nur Aisya.
Perkongsian foto dan video yang dimuat naik bintang Dukun menerusi Instagram itu menarik perhatian peminat.
“Alhamdulilah.. rezeki Nur Aisya dapat bertahnik dengan Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin.
Ads
“Semoga dapat barakah para Ulama dan menjadi anak yang solehan & taat pada perintah Allah. Dan sentiasa didlm rahmat Allah dan diberkatiNYA. Aamiin #bertahnik #sunat,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut menzahirkan rasa syukur dan berdoa agar bayi comel itu membesar menjadi insan solehah.
Ads
Sambil melalukan sesi tahnik, Umie turut berkongsi beberapa foto serta video liburannya di Insta Stories di sebuah lokasi percutian yang turut disertai anggota keluarga serta rakan terdekat.
Pelakon dan penyanyi Fathia Latiff mengakui bahawa dia kini lebih matang dalam industri hiburan tanah tempatan.
Jelas pemilik nama penuh Nur Fathia binti Latiff atau nama pentasnya Fathia Latiff ketika ditemui di Rumah Terbuka Indigital di The Port, Damansara, ini, bintang cantik ini mengakui bahawa dia tidak terlalu serius dalam industri seni sebelum ini.
“Sebelum ini saya tidak terlalu serius dalam industri seni, tetapi masyarakat di luar sana masih lagi menyanyangi saya dan memberikan sokongan kepada saya untuk terus maju dalam industri hiburan tanah air,” kata Fathia.
Pada masa sama, Fathia juga akan melancarkan lagunya sendiri berjudul Jika Aku Tahu.
Sudah 10 tahun dalam industri seni, Fathia kini mahu lebih fokus dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
“Sebelum ini mungkin saya tidak matang, kini saya lebih menghormati orang lain, kerjaya sendiri dan akan lebih serius dalam apa yang saya buat sekarang ini.
“Apabila saya buat comeback seperti ini, mereka nampak gembira dan teruja dengan lagu terbaru saya ini,” kongsi Fathia jujur.
Katanya lagi, dia amat terharu apabila masih ada lagi masyarakat yang masih menyanyangi dirinya dan mahu bintang itu bergiat aktif kembali.
“Apabila saya ‘menghilang’ seketika dari industri hiburan ini, masyarakat di luar sana tertanya-tanya dan mencari saya.
“Apa yang lebih membuatkan saya terharu apabila mereka mencari saya.
“Secara tidak langsung, saya rasa bersyukur dan tidak sangka masih rasa disayangi.
“Pengalaman saya terdahulu dengan netizen membuatkan saya lebih matang dan berhati-hati,” kata Fathia yang mahu lebih fokus dalam kerjaya dari segala-galanya.
Pelakon Zul Ariffin mengakui tidak meletakkan sebarang harga sekiranya pihak produksi andai ada yang meminta dirinya untuk mempromosikan filem atau drama lakonan sendiri khasnya di media sosial.
Zul ketika ditemui majlis pelancaran filem Sangkar di Battle Arena, Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, pada Selasa berkata, perkara tersebut adalah sebahagian tanggungjawab sebagai seorang pelakon.
Sekali gus, ia secara tidak langsung menarik minat masyrakat dan peminat untuk menonton nashkah yang dilakonnya.
“Saya tidak pernah berkira sekiranya pihak produksi atau stesen televisyen minta saya promosi drama atau filem lakonan sendiri di media sosial.
“Sebagai seorang pelakon, kita seharusnya bertolak ansur untuk mempromosikan hasil filem kita di media sosial.
“Tambahan pula, sekarang media sosial merupakan platform utama untuk promosikan sesuatu. Misalnya saya sebagai pelakon sudah tentulah saya pun mahu promosi hasil kerja,” kata Zul kepada MH.
Dalam pada itu aktor sasa berusia 33 tahun itu turut teruja dengan filem terbarunya berjudul Sangkar yang bakal ditayangkan bermula 29 Ogos depan arahan Khabir Bhatia.
Turut sama terlibat di dalam filem aksi berkenaan ialah Remy Ishak dan Mira Filzah.
“Jarang sekali filem Malaysia mahu ketengahkan aksi sukan ‘martial art’ sebagai subjek utama sesebuah filem.
“Sepanjang buat penggambaran filem ini memang rasa teruja dan seronok, walaupun ada mengalami sedikit kecederaan.
“Bagi saya, itu lumrah seorang pelakon apabila mengalami masalah sedemikian,”jelas Zul yang tidak sabar dalam menantikan reaksi peminat apabila filem tersebut ditayangkan kelak.
Dalam pada itu,Zul turut mengakui bertindak profesional apabila bergandingan dengan pelakon sama hebat, Remy Ishak.
“Filem ini seimbang daripada jalan ceritanya, ada babak aksi, percintaan dan kisah keluarga.
“Tiada istilah saya ‘overshadow’ Remy atau sebaliknya kerana setiap karakter mempunyai kekuatannya tersendiri,” ujarnya.
Tahniah Kedah! Menjulang Piala FA untuk kali yang kelima malam tadi, bintang terkenal anak jati kedah, Janna Nick yang turut menjadi saksi kemenangan Lang Merah itu di Stadium Axiata, Bukit Jalil turut memberi apresiasi terhadap pasukan Negeri Jelapang Padi itu.
Pelakon Cari Aku Di Syurga itu turut merakamkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih skuad Kedah atas permainan sukses mereka di perlawanan final.
“Alhamdulillah. Kita menang!,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan tanda palang #pialaFA2019 dan #biarjasajadikenangan.
Lalu menerusi ruangan komen, pelakon itu menerima ribuan komen yang rata-ratanya turut memberi ucapan tahniah dan penghargaan.
Menerusi perlawanan final Piala FA yang memasuki edisi ke-30 itu, Kedah berjaya membenam pasukan Perak, berkesudahan 1-0 menerusi jaringan tunggal pemain muda, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105.
Memetik Bernama, kemenangan pasukan Kedah di hadapan 83,520 penyokong di stadium kebanggaan rakyat Malaysia itu, sekali gus meranapkan impian skuad ‘The Bos Gaurus’ untuk menamatkan penantian 15 tahun merangkul trofi berprestij tersebut selepas kali terakhir mendakapnya pada 2004.
Apa pun, tahniah juga diucapkan buat pasukan Perak yang tidak dinafikan telah mempersembahkan skil permainan yang bukan calang-calang.
Foto: Instagram Janna Nick, Bernama
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Amira Othman menegaskan dia dan suaminya, Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sebuah akaun media sosial yang didakwa telah lama menyebarkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.