Pelakon dan model, Ikmal Amry mengakui ada yang patah hati apabila mengetahui dirinya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Perkara tersebut dimaklumkan finalis Pencarian Hero Remaja sezaman Aliff Muhaimin ini selepas ditanya apalah reaksi peminat selepas mengetahui akan perkara tersebut.

Jelas Ikmal, ada di antara mereka yang turut tumpang gembira dan tak kurang yang bertindak memadam fotonya di akaun media sosial masing-masing.

“Bila saya umumkan akan berkahwin dan kongsikan foto bersama Najla, ada di kalangan peminat baru yang ‘setuju’ kami bersama dan mereka gembira.

“Bagaimanapun ada juga yang patah hati dan menangis-nangis, padam foto saya di Instagram dan ada yang buat status di Twitter dan sebagainya… Tak boleh terima,” katanya.

IKLAN

Pemilik nama lengkap Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 26, ini turut mendedahkan, atas pengumuman itu, jumlah pengikutnya di media sosial juga mulai menurun.

“Setiap hari saya akan kehilangan pengikut di media sosial disebabkan mereka tahu saya sudah bertunang.

“Mereka tahu saya tak kan bersama dengan mereka.

IKLAN

“Ibaratnya ada yang obses, saya tidak boleh bersama sesiapa pun gara-gara watak saya sebagai Ray dalam Gantung.

“Akan tetapi saya cuba balas balik. Randy Pangalila (turut berlakon dalam siri Gantung) boleh berkahwin, mengapa tidak saya?,” jelasnya lagi.

IKLAN

Sementara itu, tunang kepada Ikmal, Najla Samshul pula menjelaskan setakat ini, belum ada peminat fanatik Ikmal yang bertindak luar batasan terhadapnya.

“Setakat ini tidak ada, semuanya memberikan aura positif,” katanya ringkas.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mengumumkan mereka akan disatukan pada 19 Disember ini di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum melangsungkan majlis resepsi seminggu selepas itu di Subang, Selangor.

Pasangan ini ditemui pada majlis sidang media dan menandatangani kontrak perjanjian bersama Absolut Talents & Management di Bangsar, baru-baru ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI